‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 1

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu

Kami percaya, memiliki rumah adalah impian semua orang. Namun, prosesnya tidak mudah. Bermula daripada pengumpulan dana sehinggalah rumah terbina, banyak yang perlu dilalui.

Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna TikTok dengan nama @auraserriputeri1 yang berkongsi kisah ditipu kontraktor yang diupah untuk membina rumah yang kosnya mencecah RM350,000.

@auraserriputeri1

Hati2 yang nak buat rumah Contractor Penipu Kekuda Besi Rangka Rumah Pakai Double Tape.Atas arahan pihak majlis Selayang kami sekeluarga berpindah.kekuda besi dan atap runtuhkan dan tukar yang baru Follow Like Comment Share #auraserriputeri1 #fyp #wanitahebat #kontractor #contractors #buatrumah

♬ Ya Allah – Wali

Menurut beliau yang mesra menggelarkan dirinya Kak Serri, kontraktor menyambung besi-besi di bumbung dengan hanya menggunakan pita pelekat.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 1

Risau dengan keselamatan penghuni rumah, mereka sekeluarga diminta untuk berpindah sebentar sementara proses baik pulih dijalankan.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 2

Di ruangan komen, Kak Serri memaklumkan laporan sudah pun dibuat dan lesen pihak kontaktor sudah pun ditarik.

Berkongsi untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati, ramai netizen yang cukup terkedu melihat ‘bakat’ luar biasa yang dimiliki kontraktor yang yakin pita pelekat berkenaan mampu memegang kukuh rangka binaan.

@auraserriputeri1

Saya kena dengan Contractor Penipu dia ingat kak Serri tak naik atas bumbung check bin rumah besi sambung2 pakai double tape gila Follow Like Comment Share #auraserriputeri1 #fyp #wanitahebat #cantik #kontractor #contractors #buatrumah

♬ Ya Allah – Wali