Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Wanita Rayu Netizen Cari Dua Suspek Letak Dadah Dalam Minuman, Rogol Rakan

Seorang wanita membuat pendedahan menerusi laman Twitter, mendakwa rakannya telah menjadi mangsa rogol oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab.

Pengguna Twitter, @nurrulnatashaa mendedahkan wajah pelaku beserta kapsyen yang memohon netizen menjejak lelaki tersebut selepas mendakwa rakannya diperkosa dan kejadian ini dipercayai berlaku di Hotel Royal Park, Kuala Lumpur.

Difahamkan, dua suspek tersebut telah meletakkan dadah dalam minuman sebelum memberikannya kepada seorang wanita, lalu dirogol sewaktu mangsa tidak sedarkan diri.

Menerusi ciapan tersebut, dia meluahkan kesalnya apabila rakannya dianiaya seperti itu dan memohon netizen untuk membantu menjejaki dua lelaki tersebut bagi memudahkan kerja polis.

“Kawan I kena rogol dengan dua lelaki ni, anyone tahu pasal lelaki ni tolong la bagi info. Benda tak cantik la bro nak perempuan kau sumbat dadah macam ni, tolong eh sesiapa yang tahu info binatang ni, tolong inform.

“Tolong share ye, senang polis nak buat kerja. Memang dua ekor binatang ni kaki rogol orang, tolong info info please. Last location Royal Park KL,” ciapnya.

Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Menurutnya, mangsa telah diberikan sejenis dadah yang dicampurkan dalam botol minuman yang diberikan oleh dua suspek terbabit. Sebaik saja mangsa tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah rumah.

Bagaimanapun, rakan mangsa meminta orang ramai tidak menyalahkan rakannya kerana dua suspek terbabit sememangnya bermasalah.

“Mohon jangan salahkkan mangsa. Dua lelaki itu yang bermasalah. Mereka datang ke meja mangsa secara tiba-tiba dan diberikan air. Tahu-tahu dah sampai ke rumah. Mangsa kata, suspek sudah siap berkemban.”

Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Wanita Rayu Cari Suspek Letak Dadah Rogol Rakan

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan marah mereka terhadap individu yang sering mengambil kesempatan lalu menganiaya wanita selain memohon golongan tersebut supaya sentiasa berjaga-jaga serta waspada.

Sumber: Twitter nurrulnatashaa