
Netizen Mula Persoal Projek Arab City, Melaka Yang Terbengkalai Sejak 2013
Menghampiri tarikh pengundian pilihan raya negeri Melaka, netizen mula membincangkan mengenai Arab City yang merupakan sebuah projek pembangunan yang akan dibangunkan di Pulau Melaka, Melaka oleh Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka.
Projek Arab City adalah inisiatif berani yang dikatakan akan melihat Pulau Melaka berubah menjadi destnasi pelancong bertemakan Arab bertaraf dunia yang akan menggalakkan peluang pelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran budaya di skala global.
ARAB CITY, MELAKA
Saya ada buat sedikit kajian memandangkan projek ini disebut oleh @LagaCawan tadi. Projek Arab City ni bermula pada tahun 2009 ketika zaman Ali Rustam menjadi Ketua Menteri dan dijangka siap pada tahun 2012. Nilai projek adalah sekitar RM1.2 billion. pic.twitter.com/P4hK0DzSJG
— AZRULFITRI™ (@azrulazimi) November 17, 2021
Dengan kos menelan RM1 bilion, menurut sumber daripada Wikipedia, projek ini bagaimanapun dikatakan telah terbengkalai sejak bulan Julai 2013.
Pada awalnya, projek ini dirancang untuk dibuat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Namun kerana masalah birokrasi dan tawaran daripada Ketua Menteri Melaka menyebabkan lokasi projek yang dikatakan merupakan yang pertama di dunia ini berpindah.
Menurut Presiden GCH, Sheikh Saleh Al Mansour, projek ini sudah pun dipasarkan di 20 buah negara Arab dan untuk permulaan, GCH telah mengeluarkan pelaburan awal sebanyak RM400 juta dengan perancangan bakal membuka peluang pekerjaan kepada 800 orang.
Projek ini kemudiannya dimulakan pada Januari 2009 dan dijangka akan siap dibina pada tahun 2012. Namun tahun demi tahun berlalu, projek yang meliputi kawasan seluas 46.9 ekar ini dibiarkan terbengkalai dan pelancarannya tidak pernah berlaku.
Fasa pembinaannya dikatakan akan dibangunkan di tiga kawasan, iaitu:
Fasa 1: Pulau Melaka
Projek di Pulau Melaka dengan RM250 juta seluas 1.68 hektar.
Beberapa bazaar beli belah, restoran bertema Arab, kedai dan muzium yang akan memaparkan pelbagai barangan Arab yang bersejarah akan dibangunkan.
Fasa 2: Klebang
Dengan tapak seluas 36.2 ekar, pembangunan bercampur akan mengandungi hotel bertaraf lima bintang, resort kesihatan serta kelab sukan air.
Fasa 3: Kampung Jawa
Di Kampung Jawa, pelan pembangunan belum diputuskan GCH namun ada yang mengatakan ia bakal menjadi pusat dagangan borong.
Kenapa projek gagal?
Tiada penjelasan mengenai mengapa projek ini terbengkalai, namun dimaklumkan kemajuan fizikal projek pada ketika itu boleh dianggarkan sekitar 60%.
Pada 2016, Najib dan Big Brother China pula masuk ke Melaka. Projek Melaka Gateaway yang bernilai RM 30 billion untuk membangunkan Pulau Melaka sebagai Pusat Maritim. Ada juga cadangan untuk ambil-alih semula Arab City pada ketika itu menurut Idris Haron, tapi tak pasti apa jadi. pic.twitter.com/bBBPqyoyod
— AZRULFITRI™ (@azrulazimi) November 17, 2021
Trending now



