Karen Tak Pakai Pelitup Muka KLCC

Spesies ‘Karen’ Buat Hal Lagi Berjalan Di KLCC Tanpa Pelitup Muka, Netizen Persoal ‘Double Standards’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru beberapa minggu kecoh dengan seorang wanita Inggeris yang digelar ‘Karen’ kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) negara, tular kembali sekeping gambar memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter menunjukkan dua individu warga asing tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di taman KLCC. Jelas sekali perkara ini telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Pengguna Twitter yang memuat naik gambar berkenaan meluahkan perasaan kecewa melihat hal begini masih berlaku lagi.

“Saya sangat marah sebab rakyat Malaysia pun patuh SOP tapi individu ini boleh berjalan sesuka hati tanpa pelitup muka?”.

Wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana ketika kejadian, dia hendak mengambil swafoto sambil membuka sebentar pelitup muka namun telah dihalang oleh pihak berkuasa di sana.

Namun, tidak pula kepada wanita ‘minah saleh’ di situ yang kelihatan jelas sedang berjalan di sekitar taman itu tanpa pelitup muka.

https://twitter.com/AdibahOj/status/1460836111211585536?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1460836111211585536%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2Ffun%2F2021%2F11%2F17%2Fanother-pair-of-anti-mask-karens-in-klcc-park-leave-netizens-fuming-at-double-standards%2F

Perkara ini mengundang kemarahan netizen terhadap golongan ‘Karen’ dan mempersoalkan keadilan pihak berwajib dalam mengambil tindakan.

“Seseorang yang tidak patuh undang-undang sesuatu negara harus diberi muka ke? Masuk rumah orang, buatlah cara tetamu. Tak kisahlah dia pangkat apa sekalipun.”

“Hello @Khairykj @PDRMsia. Dah bersepah gambar Karen ni tak pakai mask again and again. Kami menunggu bila nak ada tindakan.”

“Aku jumpa Sultan Nazrin, Timbalan YDP Agong tadi pun pakai mask, siap sarung tangan; dan bila ajak bergambar pun suruh jaga jarak. Siap pesan hati-hati, bila aku minta diri.”

Karen Tak Pakai Pelitup Muka KLCC
Sumber: Twitter

Polis siasat ‘Karen’

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung penularan foto wanita warga asing tersebut.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Noor Dellhan menegaskan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan tindakan undang-undang akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar.

Sumber: Kosmo