Lelaki Dedah Kisah Di Sebalik Slogan ‘Mana-Mana Rancak, Berdosa!’ Yang Tular 3

Lelaki Dedah Kisah Di Sebalik Slogan ‘Mana-Mana Rancak, Berdosa!’ Yang Jadi Trend Terkini

Hari ini rancak… Di sini rancak… Di sana rancak… Berdosa!

Lelaki Dedah Kisah Di Sebalik Slogan ‘Mana-Mana Rancak, Berdosa!’ Yang Tular 1

Dua tiga hari ini kami pasti slogan ini sering anda dengar. Sama ada ia ‘dizikirkan’ oleh anda sendiri, atau anda mendengar ia diungkapkan rakan-rakan di sekeliling anda mahu pun di media sosial.

@ahmadsaffuan86

Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa 🤭😁😂😛

♬ mana mana rancak_berdosaaa. – Ahmad Saffuan

Dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, lelaki yang memulakan trend tersebut, @ahmadsaffuan86 tampil menjelaskan kisah di sebalik tularnya slogan berkenaan.

@ahmadsaffuan86

Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!

♬ bunyi asal – Ahmad Saffuan – Ahmad Saffuan

Menjelaskan yang ia bukanlah slogan yang dicipta sendiri sebaliknya diambil dan diubah daripada dialog yang beliau dengar daripada rakannya.

Tertarik dengan ayat berkenaan, beliau mencari video asal yang dimulakan oleh individu yang beliau gelar sebagai ‘Mat Motor’ di TikTok sebelum dimuat naik di TikTok peribadinya sebagai hiburan kepada rakan-rakannya di media sosial.

Tanpa diketahui yang slogan itu akan menjadi tular dan diikuti ramai orang.

Setakat ini video berkenaan sudah pun ditonton lebih 4.3 juta kali.