Tiga Maut Diserang Kala Jengking Mesir

Mesir Dilanda Serangan Kala Jengking, Tiga Maut Dan Ratusan Penduduk Cedera Disengat

Mesir Dilanda Serangan Kala Jengking, Tiga Maut Dan Ratusan Penduduk Cedera Disengat.

Sengatan binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, lebah dan ular adalah antara risiko terutama ketika cuaca hujan.

Malang nasib tiga individu di bandar selatan Aswan, Mesir apabila maut akibat disengat kala jengking yang muncul di jalan-jalan raya dan rumah akibat dibawa ribut kencang. Manakala seramai 450 penduduk cedera akibat sengatan kala jengking.

Ribut petir yang kuat berlaku di kawasan berdekatan dengan Sungai Nil pada Jumaat lalu turut menurunkan air hujan yang biasanya menghanyutkan kala jenking ke jalan-jalan raya selain juga ular, lapor BBC.

Haiwan anthropod ini dipercayai dihanyutkan ketika ribut kencang dan hujan lebat ke arah jalan dan kawasan kediaman untuk mencari kawasan persembunyian.

Pegawai kesihatan Mesir memberitahu Agensi Berita Al-Ahram, dos tambahan penawar racun kala jengking telah dihantar ke pusat-pusat perubatan di kampung-kampung berdekatan dengan kawasan pergunungan dan juga padang pasir.

Tiga Maut Diserang Kala Jengking Mesir

Bagaimanapun, doktor tidak dibenarkan menyuntik antivenom untuk merawat sengatan kala jengking.

Susulan itu, orang ramai telah diminta supaya berada di rumah masing-masing dan mengelak berada berdekatan kawasan yang mempunyai banyak pokok. Ia turut memaksa pemerintah menangguhkan sesi persekolahan di bandar itu.

Mesir dikenali dengan habitat kepada kala jengking ekor gemuk (fat-tailed scorpion), antara jenis yang paling berbisa di dunia. Bisa daripada ekornya boleh membunuh manusia dalam masa kurang daripada satu jam.

Gejala yang berkaitan dengan kesan racun itu adalah kesukaran bernafas, otot berkedut dan pergerakan kepala yang luar biasa.

Antivenom digunakan sebagai langkah pencegahan sebelum gejala timbul, tetapi hanya berfungsi apabila gejala mula bertambah buruk.

BACA: Serangan Belalang Juta Burukkan Lagi Krisis Wabak COVID-19 Di Arab Dan Afrika

Sumber: BBC