Masak Pasta Straw Aiskrim McD

Netizen Tak Keruan Lihat TikToker Ini Masak Pasta Guna Straw Boleh Makan Bersama Aiskrim

TikToker Masak Pasta Guna Straw Boleh Makan Bersama Aiskrim.

Makanan pelik terdapat di mana sahaja. Malah, keinginan yang pelik-pelik juga telah menghasilkan pelbagai hidangan yang sukar diduga.

Maka, kita tidak perlu hairan kenapa sesetengah masyarakat gemarkan sesuatu yang pelik dalam kehidupan mereka. Ini kerana daya pemikiran kita adalah berbeza antara satu sama lain.

Walaupun begitu, sebuah perkongsian video masakan yang tular di TikTok ini telah mengundang perasaan tidak keruan netizen termasuklah influencer terkenal, Khairul Aming.

Menerusi video berdurasi 1.57 minit, pemilik video menggunakan akaun @kumpenghan begitu berani memaparkan cara memasak pasta carbonara menggunakan straw dan aiskrim.

TikToker ini menunjukkan step-by-step proses memasak ‘pastanya’ bermula dari membeli aiskrim McDonald’s dan minuman The Coffee Bean & Tea Leaf bersama segenggam straw.

Sekadar info, straw The Coffee Bean & Tea Leaf adalah sejenis straw yang boleh dimakan kerana diperbuat daripada beras namun tidaklah begitu digalakkan untuk dimakan, menurut pekerja mereka.

Berbalik kepada video tular itu, TikToker berkenaan memaparkan cara memasak kuah carbonara yang kemudiannya mencampurkan aiskrim McD sebagai ‘bahan rahsia’.

Dia kemudian merebus straw tadi sehingga teksturnya berubah lembik seperti pasta. Seterusnya, kuah cabonara itu dituang ke atas pasta untuk sedia dimakan.

Bagaimanapun, TikToker tersebut memberitahu penonton untuk mengikuti video lanjutnya untuk ujian rasa.

Masak Pasta Straw Aiskrim McD
Sumber: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam melihat masakan luar biasa pemilik video itu. Ada yang meluahkan rasa bimbang dan turut menganggapnya lucu.

“Aku murung,” tulis Khairul Aming.

“Tak percaya boleh tonton sampai habis.”

“Bagus juga tu nak elakkan penyu dari makan straw lebih baik manusia yang tolong makan. Aman dunia.”

“Menangis orang Italy kalau nampak.”

“Walaupun memang selamat untuk dimakan…kalau dah banyak kumpul macam tu mesti dah banyak yang dibelinya…pergi je beli pasta sebungkus tak sampai RM5…balik rebus la makan puas-puas.”

@kumpenghan

They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe

♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Agaknya bagaimanalah rasa pasta lain daripada lain itu ya?

BACA: Saran Ganti Straw Dengan Serai, Ini Reaksi Lucu Netizen