Tindakan Hero Abang Panda Bantu Sorong Motosikal ‘Uncle’ Ini Dapat Pujian 3

Tindakan Hero Abang Panda Bantu Sorong Motosikal ‘Uncle’ Ini Dapat Pujian

Termasuk dalam golongan hero yang tidak didendang, tindakan rider yang membantu seorang lelaki warga emas menjadi perhatian netizen hari ini.

Tindakan Hero Abang Panda Bantu Sorong Motosikal ‘Uncle’ Ini Dapat Pujian 1
Sumber: Yuan Yan

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kepong Baru, seorang pengguna Facebook berkongsi kebaikan abang Panda yang membantu menyorong motosikal lelaki berkenaan menuju ke bengkel.

Menurut hantaran yang dilakukan Yuan Yan di group Facebook 大马八卦吹水站, motosikal lelaki berkenaan gagal dihidupkan biarpun sudah berkali-kali mencuba.

Tindakan Hero Abang Panda Bantu Sorong Motosikal ‘Uncle’ Ini Dapat Pujian 2
Sumber: Yuan Yan

Melihat pada ruangan komen, ramai yang memuji kebaikan rider foodpanda tersebut yang sanggup membantu yang memerlukan.