tmj sanusi

Presiden Kedah Darul Aman Dan TMJ Berbalas Kritikan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedang hangat diperkatakan pada hari ini mengenai dua individu besar dalam dunia bola sepak tempatan di antara Presiden Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan pemilik Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Kejadian ini bermula apabila TMJ memberi teguran kepada pihak pengurusan Kedah Darul Aman agar segera menyelesaikan tunggakan gaji para pemain kelab negeri tersebut. Kritikan yang diberi oleh TMJ berbunyi, “Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol”.

TMJ

Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Muhammad Sanusi tidak berdiam diri dengan membalas kritikan TMJ yang berbunyi, “La ni bulan sebelaih [11] dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.”

Tidak berhenti di situ sahaja, TMJ telah menghubungi Instagram rasmi Dato’ Seri Muhammad Sanusi dengan nada begini, “Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar”.

Sanusi

Menariknya, Presiden Kedah Darul Aman membuat hantaran balas di Facebook rasmi miliknya, bukan dibalas di Instagram selepas TMJ menghantar pesanan dengan bunyi, “Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi… Diet apa diet?”.

Sanusi-TMJ

Masih belum tamat, TMJ mengeluarkan satu gambar pelakon dalam cerita Shaolin Soccer dan membuat kapsyen, “Really?”.

sanusi tmj

Dapat dilihat juga, Dato’ Seri Muhammad Sanusi membuat kenyataan media rasmi yang dikongsikan oleh VOCKET FC seperti video di bawah.

Ini semua adalah gara-gara kehangatan suku akhir Piala Malaysia yang akan bermula pada 14 November 2021, 9 malam. Mungkinkah ‘drama’ ini sengaja dibangkitkan bagi memeriahkan suasana perlawanan? Semoga kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang memberangsangkan dalam perlawanan ini.

TMJ juga sering memberi kritikan pedas kepada mana-mana individu dan semestinya itu adalah tanda teguran agar perbuatan mereka tidak diulangi lagi seperti yang berlaku kepada cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: VOCKET FC