
Dengan Hanya Guna Tukul, Usaha Penduduk Kampung Gali Gunung Untuk Bina Laluan Buahkan Hasil Selepas 15 Tahun
15 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek dan sekiranya tiada usaha berterusan, pastinya laluan yang menghubungkan sebuah kampung terpencil dengan bandar ini tidak berjaya dibina.
Shenglongwan merupakan sebuah perkampungan terpencil di kawasan pergunungan di Wilayah Shanxi, China, yang mana untuk ke bandar perlu menyeberangi gunung selama dua jam sebelum sampai ke kawasan yang boleh dicapai dengan menggunakan kenderaan.
Hasil tindakan berani Deng Yingxiang yang membimbing operasi ini pada 1999 , laluan terowong 650 kaki siap dibina melalui gunung dengan hanya dengan menggunakan tukul dan tenaga manusia sahaja.

Disebabkan terlalu jauh dengan kawasan bandar, sebuah gua semula jadi sepanjang 130 kaki ‘ditebuk’ bagi memudahkan perhubungan antara orang kampung dengan orang bandar berlaku.
Perjalanan dari dua jam sebelum ini cuma mengambil masa 15 minit sahaja.
Trending now



