Hospital 30 Tahun Guna Air Tandas Sumber Minuman

Hospital Tak Sengaja Guna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman, Baru Sedar Selepas Hampir 30 Tahun

Sebuah hospital terkemuka di Jepun secara tidak sengaja menggunakan air tandas sebagai sumber minuman kepada para kakitangan dan pesakit selama hampir 30 tahun selepas menyedari sistem paip disambungkan secara salah.

Dibina pada tahun 1993, Hospital Universiti Osaka di Suita dilaporkan telah menyambung sumber air dari sebuah perigi kepada paip air minuman secara tidak sengaja.

Difahamkan, sumber air perigi tersebut tidak sesuai untuk diminum dan sebenarnya ditujukan untuk mengepam tandas.

Menurut laporan, kesilapan itu dikesan pada bulan lalu selepas kira-kira 120 paip air ditemukan bersambung dengan tandas.

Kakitangan dan pesakit di hospital berkenaan sudah menggunakan air tandas untuk minum, mencuci tangan dan berkumur-kumur tanpa mengetahui sumbernya.

BACA: Petugas Hospital Kantoi Ponteng Kerja Selama 15 Tahun Tapi Gaji Tetap Jalan

Masalah itu tiada siapa yang menyedarinya sehinggalah pengurusan hospital memulakan pembinaan loji rawatan air yang baharu.

Lantaran itu, pihak Hospital Universiti Osaka telah menyekat bekalan air minuman dan memohon maaf secara terbuka.

Hospital 30 Tahun Guna Air Tandas Sumber Minuman

“Sebagai hospital gabungan universiti yang menyediakan khidmat perubatan lanjutan, pihak kami telah menyebabkan kekhuatiran. Kami amat kesal akan kesilapan ini,” ucap naib presiden Universiti Osaka, Kazuhiko Nakatani pada sidang media.

Sehubungan itu, pihak pengurusan hospital juga memaklumkan akan menyemak semula saluran paip dan tekad untuk memperbaikinya semula.

Hospital itu dilaporkan memeriksa warna, bau dan rasa air yang digunakan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan difahamkan tidak menemukan sebarang masalah sejak 2014.

BACA: Pelajar Universiti Di Korea Jana Pendapatan Dengan Najis

Sumber: Daily Mail