Pengawal Keselamatan Didakwa Disuntik Dengan Dadah, Ini Yang Berlaku Dalam Tragedi Konsert Astroworld 4

Pengawal Keselamatan Didakwa Disuntik Dengan Dadah, Sekitar Yang Berlaku Dalam Tragedi Konsert Astroworld

Hujung minggu lalu, dunia dikejutkan dengan berita tragedi kematian lapan orang pengunjung yang menghadiri konsert penyanyi Travis Scott, 29 tahun semasa acara Astroworld Fest.

Pengawal Keselamatan Didakwa Disuntik Dengan Dadah, Ini Yang Berlaku Dalam Tragedi Konsert Astroworld 1
Sumber: Erika Goldring/WireImage

Dalam satu sidang media, Ketua Jabatan Bomba Houston, Sam Pena berkata kemalangan berkenaan berlaku apabila lebih 50,000 pengunjung berasak-asak di hadapan pentas sehingga mencetuskan situasi panik dan kecederaan.

Ramai yang terjatuh dan tidak sedarkan diri menyebabkan keadaan bertambah buruk antaranya 11 daripada 17 orang yang dikejarkan ke hospital mengalami jantung terhenti mengejut manakala 300 lagi dirawat di khemah perubatan festival.

Banyak spekulasi berlegar berkenaan dengan punca yang menjadi tragedi ini antaranya:

Pengawal keselamatan disuntik dengan dadah sebelum konsert bermula

Di media sosial, bermulanya cerita tragedi ini bermula disebabkan oleh pengawal kesalamatan disuntik dengan dadah sebelum konsert Travis Scott bermula.

Pihak berkuasa juga turut menerima laporan daripada kakitangan perubatan yang berkata seorang pengawal keselamatan mendakwa merasa ada cucukan di lehernya ketika cuba menahan seseorang dan terdapat bukti yang mana beliau mungkin menerima suntikan.

Pengawal Keselamatan Didakwa Disuntik Dengan Dadah, Ini Yang Berlaku Dalam Tragedi Konsert Astroworld 3
Sumber: KPRC

Namun pada sidang media semalam, pihak berkuasa berkata ceritanya tidak konsisten. Beliau secara tiba-toba mengatakan dipukul di kepala dan tidak sedarkan diri. Tiada sesiapa yang mencucuk dadah kepadanya.

Malah beberapa kakitangan perubatan yang mengendalikan mangsa juga menafikan dadah sebagai punca kejadian ini. Tidak menafikan kemungkinan adanya kehadiran dadah dalam mangsa yang meninggal dunia, salah seorang jururawat menjelaskan punca kematian adalah kerana mangsa lemas dan dipijak berdasarkan kesan trauma pada mereka.

Travis Scott dipersalahkan

Biarpun sudah menafikan dan mengeluarkan kenyataan beliau tidak menyedari keadaan pengunjung yang sesak dari sudut pandangnya di atas pentas, seorang peguam yang mewakili keluarga daripada lapan orang yang maut, Rick Ramos menolak kenyataan Scott.

“Scott tidak dapat menghabiskan setnya. Konsert ini tidak berhenti. Beliau hanya berhenti untuk seketika bagi menonton kehadiran ambulan, yang menyedarkan.

Namun dia terus menyanyikan lagu terakhirnya biarpun tahu ada yang pitam, jatuh seperti lalat, ada yang sudah tidak bernyawa.”

Ramos meletakkan kesalahan pada bahu Scott kerana mengumpulkan orang ramai dalam keadaan bahaya untuk menunjukkan persembahan terbaik.