Baling Batu Dari Flyover Bengang Dihimpit Lori

Bengang Kerap Dihimpit Lori Punca Lelaki Baling Batu Dari ‘Flyover’

Lelaki Baling Batu Dari ‘Flyover’ ditahan polis.

Beberapa hari lalu tular sebuah rakaman video papan pemuka (dashcam) yang dipercayai perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab membaling batu ke arah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan sekitar kawasan Jitra.

Rakaman perkongsian video itu turut mendedahkan pengalaman beberapa pengguna laman sosial yang mengalami nasib sama dengan kejadian tersebut.

@kezurulzalzal97

Tlong Tt viralkn… spaya orng lain bole brhati2 pasni… nasib tak trbabas … #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Eh eh eh – 🇲🇾 KeyDin 🇲🇾

Suspek berjaya ditahan

Pada Rabu, suspek berjaya ditahan pihak polis ketika dia dipercayai mahu mengulangi perbuatan sama di lokasi tersebut sekitar waktu petang.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya mengesan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda Wave di atas jejambat seorang diri.

Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun dilihat dalam keadaan mencurigakan di atas jejambat dari Jalan Wang Tepus menghala Bandar Darulaman.

“Pemerhatian mendapati lelaki itu turun dari motosikal dan mengambil sesuatu daripada raga motosikal.

“Anggota melihat gerak-geri suspek dan mengesyaki dia cuba melakukan sekali lagi perbuatan membaling batu ke arah kenderaan di lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Polis kemudian menahan suspek dan menemui dua ketul batu di dalam raga motosikalnya.

Baling Batu Dari Flyover Bengang Dihimpit Lori
Sumber: FB Ahmad Rushdi
Baling Batu Dari Flyover Bengang Dihimpit Lori
Sumber: FB Ahmad Rushdi

Punca bengang dengan pemandu lori

Difahamkan, lelaki itu mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana berasa marah dan bengang dengan pemandu lori yang sering menghimpit kenderaannya sebelum ini.

Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah. Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Sumber: Kosmo