Marie-Curie

Marie Curie, Wanita Pertama Yang Menerima Hadiah Nobel

Hadiah Nobel ialah hadiah yang dimulakan oleh wasiat Alfred Nobel, dan dianugerahkan kepada individu atau pun pertubuhan yang telah melakukan penyelidikan yang hebat, mencipta teknik atau radas yang luar biasa, atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat.

Hadiah-hadiah Nobel yang umumnya dianugerahkan setiap tahun dalam kategori-kategori tertentu, dianggap secara meluas sebagai pujian yang tertinggi dalam dunia pada hari ini.

Marie Curie merupakan wanita pertama yang telah menerima anugerah ini. Seorang pengguna Facebook bernama Zamir Mohyedin telah berkongsi beberapa trivia menarik tentang Marie Curie.

Marie pernah cuba untuk menjual pingat Hadiah Nobel yang beliau terima

Hari ini (7 November) merupakan hari ulang tahun kelahiran Marie Curie. Wanita pertama yang menerima Hadiah Nobel dan satu-satunya yang menerima dua Hadiah Nobel bidang berbeza.

Beberapa trivia yang mahu saya kongsikan tentang Marie;

1. Ayahnya seorang ateis dan ibunya seorang katolik. Marie asalnya katolik tetapi menjadi agnostik setelah ibunya meninggal kerana beliau memohon Tuhan untuk sembuhkan ibunya, tetapi tak makbul. Beliau menjadi agnostik bukan disebabkan sains.

2. Marie pernah bercinta dengan anak majikannya tetapi hubungan mereka tidak direstui kerana status keluarga Marie yang miskin. Semenjak itu beliau tidak mahu bercinta dengan sesiapa.

3. Ketika belajar di University of Paris, Marie tinggal di loteng rumah (kawasan atap bumbung) yang begitu teruk keadaannya. Beliau selalu tidak cukup makan, kadangkala sampai kebuluran. Marie sentiasa berbekalkan biskut dan teh untuk makanan hariannya.

4. Marie mula bercinta ketika dipertemukan dengan bakal suaminya Pierre Curie ketika dipinjamkan makmal. Tahukah anda, Marie tidak akan dikenali langsung kalau bukan kerana suaminya mahu berkongsi Hadiah Nobel Prize dengannya.

Pierre berkata kepada Yayasan Nobel bahawa penemuannya dalam radioaktiviti adalah jasa dan sumbangan daripada isterinya. Beliau takkan menerima hadiah tersebut kalau tidak dikongsikan dengan isterinya.

biography marie curie

5. Seperti Marie & suaminya, anak Marie juga iaitu Irene Curie dan suaminya Frederic Juliot-Curie turut menerima Hadiah Nobel.

6. Buku-buku nota Marie tidak boleh dipegang begitu saja kerana masih tercemar dengan radioaktif sehingga kini. Perlu memakai pakaian dan sarung tangan yang tertentu pegang. Buku-buku nota ini akan sentiasa beradioaktif sehingga 1,500 tahun.

7. Marie pernah menggunakan radium sebagai lampu tidurnya. Kesemua isotop radium tidak stabil jadi sentiasa ada pereputan radioaktif. Jadi, Marie sentiasa tidur dalam keadaan terdedah dengan radioaktif yang berbahaya.

8. Marie merupakan wanita pertama yang menjadi profesor di University of Paris dan wanita pertama yang menerima ijazah doktor falsafah daripada universiti di Perancis.

9. Marie pernah cuba untuk menjual pingat Hadiah Nobel yang beliau terima untuk membantu Perancis dalam Perang Dunia tetapi French National Bank menolaknya.

10. United Nation mengisytiharkan 2011 sebagai “International Year of Chemistry”, tetapi Poland dan Perancis mengisytiharkan sebagai “Year of Marie Curie”. Pada tahun 2009, Marie Curie mendapat undian tertinggi sebagai “the most inspirational women in science”.

“Nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to understand more, so that we may fear less.” — Marie Curie

Sumber: Zamir Mohyedin