Isteri Upah Bunuh Suami Curang

‘Kantoi’ Curang, Isteri Sakit Hati Upah Enam Orang Lelaki Bunuh Suami

Isteri Sakit Hati Upah Enam Orang Lelaki Bunuh Suami Kantoi Curang.

Apabila ada orang ketiga dalam hubungan rumah tangga, pasti ada ‘orang keempat’ atau syaitan yang akan menghasut untuk memporak-perandakan lagi keadaan rumah tangga tersebut.

Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu kisah pembunuhan kejam seorang lelaki berusia 54 tahun yang maut ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dirumahnya.

Kejadian tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila tular video penemuan mayat mangsa yang sempat berlegar di media sosial.

Memetik laporan Tribun News, mangsa dikenali sebagai Khairul Amin merupakan pemilik sebuah restoran di Padang, Kerawang telah dibunuh di rumahnya pada Rabu sekitar jam 11.40 malam.

Ketika kejadian, anak kepada mangsa terdengar jeritan bapanya meminta pertolongan bergegas keluar mendapati keadaan bapanya yang kritikal. Anaknya kemudian menghubungi ibunya bagi melaporkan mengenai keadaan bapa mereka yang didakwa telah ditikam oleh kumpulan samseng.

Si isteri ketika menerima panggilan itu dikatakan berpura-pura terkejut dan sedih. Mangsa bagaimanapun tidak sempat dihantar ke hospital apabila disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri Upah Bunuh Suami Curang
Sumber: TW News

Pembunuhan terancang

Bagaimanapun, pihak Polis Karawang mendedahkan pembunuhan mangsa telah dirancang selepas beberapa penyiasatan dilakukan.

Empat suspek lelaki telah berjaya ditahan polis, manakala dua lagi suspek sedang giat kesan. Suspek utama iaitu isteri mangsa ketika disoal siasat mengaku merancang untuk membunuh suaminya sendiri kerana berang mangsa curang di belakangnya.

“Motifnya kerana sakit hati. Mangsa juga sering meminta wang, selain ada perempuan simpanan,” kata Ketua Polis Kerawang, Aldi Subartono.

Jelasnya, suspek wanita meminta salah seorang suspek mencari beberapa lagi lelaki yang sanggup menjayakan perancangannya untuk membunuh mangsa. Lebih mengejutkan, si isteri sebenarnya telah merancang pembunuhan itu selama tiga bulan yang membabitkan enam orang suspek lelaki.

“Ada lima kesan tikaman dan tusukan yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian iaitu tikaman di bahagian kepala, dada, leher, pinggan dan tangan,” katanya.

Susulan kejadian yang berlaku, si isteri akui berasa menyesal dengan tindakannya namun turut kecewa dengan sikap suaminya yang berlaku curang.

Kesemua suspek akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama 20 tahun.

BACA: Lelaki Terkejut Anak Yang Dibesarkan Selama Ini Sebenarnya Bapa Saudara

Sumber: Tribun News