cats

Daripada Mereka Yang Pernah Termakan Di Kedai ‘Siakap Premium’ Tular

Daripada mereka yang pernah termakan siakap premium yang tular di Langkawi.

Hampir seminggu berlalu, namun ikan siakap masih disebut-sebut namanya sehingga ke hari ini dek kerana harga seekornya yang dikenakan caj mencecah lebih RM1,000.

BACA: Wakil Restoran Respon Isu Seekor Ikan Siakap Berharga Lebih RM1,000 Di Langkawi

Pihak peniaga sudah pun tampil membuat penjelasan antaranya hidangan itu dipilih sendiri oleh pelanggan biarpun sudah diberitahu saiznya adalah sangat besar dan ia dibela sebagai salah satu pertunjukan di sana.

Namun dalam hantaran terbaharu, pelanggan yang terlibat, M Faris Zulkarnain menafikan beberapa perkara yang didakwa pihak peniaga di media, iaitu:

  1. Tiada makluman diberikan kepada pihak pelanggan apatah berulang kali bahawa ikan tersebut ialah ikan pameran dan selalunya tidak dijual kepada pelanggan. Seperti mana juga berkenaan usia ikan berkenaan sudah pun mencecah 11 tahun.
  2. Tiada makluman kepada pihak pelanggan berkenaan dengan saiz ikan seberat 7kg.
  3. Tiada makluman bahawa saiznya juga mega.
  4. Saiz yang ditunjukkan dengan anggaran tangan adalah berbeza dengan saiz yang ditunjukkan kepada media.
  5. Tiada ajakan daripada pihak peniaga untuk melihat dan menangkap ikan yang dinyatakan.
  6. Penafian berkenaan dakwaan bahawa mereka (pihak pelanggan) bersungguh mahukan ikan berkenan.

Menjelaskan sudah pun membuat aduan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pihak beliau berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.

Turut menyenaraikan beberapa hantaran pelanggan lain yang pernah melalui perkara sama, mereka berharap agar ini menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

1. Nor Izani Iza

Senarai Mereka Yang Pernah ‘Terkena’ Dengan Siakap Premium Di Langkawi 1
Sumber: Nor Izani Iza
Senarai Mereka Yang Pernah ‘Terkena’ Dengan Siakap Premium Di Langkawi 2
Sumber: Nor Izani Iza

2. Niena ZM

Siakap Langkawi
Sumber: Niena ZM

3. Rohani Osman

Siakap Langkawi
Sumber: Rohani Osman

4. Iman Hassan

Senarai Mereka Yang Pernah ‘Terkena’ Dengan Siakap Premium Di Langkawi 5
Sumber: Iman Hassan