Sebab Salt Bae Tinggalkan ‘Restoran Cekik Darah’ Di London Selepas 6 Minggu Dibuka

Sebab Salt Bae Tinggalkan ‘Restoran Cekik Darah’ Di London Selepas 6 Minggu Dibuka

Cef selebriti yang juga ahli perniagaan, Salt Bae yang mengumumkan akan meninggalkan restorannya yang terletak di London selepas enam minggu ia dibuka.

Restoran yang baru sahaja dibuka September lalu terkenal sebagai ‘restoran cekik darah’ kena hidangannya dijual dengan harga yang tidak masuk akal sebagai contoh, setin air Coca Cola boleh mencecah sembilan pound (RM58).

Sebab Salt Bae Tinggalkan ‘Restoran Cekik Darah’ Di London Selepas 6 Minggu Dibuka
Sumber: Intagram @nusr_et

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa pemilik nama Nusret Gokce Erzurum ini mengambil keputusan untuk meninggalkan restorannya di kota metropolitan tersebut.

Sejajar dengan impiannya untuk membuka restoran di seluruh dunia, sebab Salt Bae meninggalkan restorannya di kota ini adalah kerana beliau dikatakan akan bergerak ke Riyadh, Arab Saudi untuk membuka cawangan restorannya yang ke-28.

Salt Bae mula terkenal sejak 2017 selepas gaya menabur garam ala cobra mula tular di media sosial.

BACA: Johnny Depp Kembali Dengan Watak Jurugambar Genius Menerusi Filem ‘Minamata’

Mengambil masa 10 tahun untuk memahirkan diri sebelum membuka restoran pertamanya, Nusr-Et Steakhouse, impiannya membuka restoran sendiri berjaya dicapai pada 2010. Pada ketika itu beliau berusia 27 tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun kemudian, selepas menerima dana pelaburan daripada pelabur profesional, beliau kemudiannya membuka cawangan di New York, Miami, Dubai, Ankara, Doha dan Greek Mykono Island dengan kapasiti sekitar 600 orang pekerja.

Video tular beliau menabur garam ke atas stik rata-ratanya disifatkan sebagai seksi oleh netizen sehingga banyak meme yang dihasilkan daripada itu.

Malah beliau digelar Salt Bae kerana perbuatan menabur garam dengan penuh rasa kasih sayang kepada daging yang dimasaknya.

Dan antara fakta yang agak mengejutkan adalah sosok yang terkenal dengan imej cermin mata hitam ini sebenarnya sudah pun memiliki sembilan orang anak di usia 38 tahun.