page

Rakaman CCTV Lelaki Heret Tubuh Teman Wanita Maut Selepas Dibelasah Teruk Tersebar Bangkitkan Kemarahan Netizen

Berita kematian seorang wanita 24 tahun di Korea Selatan menjadi bualan netizen selepas tularnya rakaman CCTV seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya mengheret tubuhnya yang tidak bermaya di sebuah bangunan.

Kes Kematian Hwang Ye Jin
Sumber: JTBC

Hwang Ye Jin pada 25 Julai lalu dilaporkan diserang teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr. A dan tidak sedarkan diri.

Sebulan kemudian pada 17 Ogos, Ye Jin dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

Dua bulan selepas kematiannya, rakaman CCTV berkenaan dengan serangan yang diterima Ye Jin mula dimuat naik di platform berita berbeza.

Kes Kematian Hwang Ye Jin
Sumber: JTBC

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila serangan yang dilakukan Mr A menyebabkan Ye Jin pengsan.

Semasa kejadian yang berlaku di tingkat satu bangunan berkenaan, CCTV merakam momen Mr A mengheret Ye Jin yang tidak sedarkan diri dalam keadaan leher terkulai, muka terseret ke lantai masuk ke dalam lif sebelum turun di tingkat lapan.

Rakaman CCTV Lelaki Heret Tubuh Teman Wanita Selepas Dibelasah Teruk Tersebar 4

Rakaman CCTV Lelaki Heret Tubuh Teman Wanita Selepas Dibelasah Teruk Tersebar 3

Rakaman CCTV Lelaki Heret Tubuh Teman Wanita Selepas Dibelasah Teruk Tersebar 2
Sumber: JTBC

Kesan darah juga boleh dilihat pada lokasi kedudukan Ye Jin terbaring menandakan betapa teruknya serangan yang diterima.

Dalam laporan siasatan, polis mengatakan Ye Jin meninggal dunia dan serangan berkenaan menyebabkan kerosakan pada tengkorak, otak dan leher yang menjadi punca kematiannya.

Semasa menghubungi talian kecemasan 911, Mr A berbohong dengan mengatakan beliau tidak sengaja memukul Ye Jin semasa menggerakkan kepalanya dan Ye Jin tidak sedarkan diri kerana terlalu mabuk.

Sudah ditahan pihak polis, Mr A didakwa atas tuduhan mencederakan dan membunuh.

Rakaman CCTV Lelaki Heret Tubuh Teman Wanita Selepas Dibelasah Teruk Tersebar 5
Sumber: JTBC