KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 4

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Menipu Harga Boleh Didenda RM40,000 & Penjara Sehingga 3 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

BACA: Wakil Restoran Respon Isu Seekor Ikan Siakap Berharga Lebih RM1,000 Di Langkawi

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 1
Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya, sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.