aikomo-opeyemi-GfImWOeATic-unsplash

Isteri Ditinggalkan Suami Di Hospital Sebab Anak Bernafas Hingga Berlekuk, Perkongsian Doktor Ini Jadi Iktibar

Menjadi tanggungjawab ibu bapa ke atas kesihatan anak kandungannya. Tak kira apa pun terjadi, ibu bapa harus berusaha untuk memastikan kebajikan anak-anak mereka tidak terabai.

Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Farah Nabihah Abd Kharis, seorang doktor perubatan, beliau telah menceritakan pengalaman pahit melayan karenah seorang bapa yang seperti tidak kisahkan akan keadaan kesihatan anaknya.

Penat dah drama sinetron hari ni.

Cerita hari ini. Gambar sekadar hiasan.

Hari yang menguji kesabaran seorang Doktor Farah 🤬

MA : Doktor ada seorang budak ni 1 tahun lebih, dah datang semalam batuk selesema demam. Harini mak dia ckp anak dia nafas laju. Dia ada rakam video nampak ada lekuk lah.

Dr : Saya tengah sampling ni, amik vital sign semua dulu kejap lagi saya datang.

MA : Okay

**Sampai je dekat kaunter ILI (tempat orang batuk selesema demam) aku pun reassess lah adik ni.

Dr : Puan boleh tunjuk video yang kat rumah tadi.

Puan : Ni doktor.

Dr : Uishh dalam ni. Bila puan perasan.

Puan: Malam tadi lagi doktor, nampak nafas macam makin laju tu saya bawa pergi klinik.

Dr : Puan lekuk dia sama je ni memang dalam. Paru-paru dia pon ada bunyi ni. Kita kena hantar hospital kalau macam ni walaupun oksigen dia okay.

**Tiba-tiba muncul bapak budak ni🤬

Encik : Doktor kenapa kena pergi hospital, tak payah bawa tak boleh ke.

Dr : Encik, anak encik ni tak normal, nampak tak dia bernafas guna otot badan dia. Mana kita boleh bagi balik.

Encik : Takpelah, saya hantar sendirilah naik kereta.

Dr : Tak boleh encik. Anak encik kena pakai oksigen, lagipun kalau apa-apa berlaku dalam ambulans, ada staff dan alatan untuk bantuan kalau apa-apa jadi. Kalau encik naik kereta sendiri, apa-apa jadi macam mana?

Encik : Anak saya ,saya taulah. Tak kan saya nak biar anak saya mati, nanti saya bawalah pergi hospital terus.

Dr : Tak boleh encik, encik tak faham ni apa saya terangkan. Puan, jom bawa anak sekarang masuk kecemasan.

**Sampai dekat kecemasan, bagi oksigen dekat hidung terangkan semula dekat puan ni.

Dr : Puan faham kan keadaan anak puan sekarang?

Puan : Faham Doktor, saya memang nak bawa anak ke hospital, tapi suami saya tu.

**Belum sempat cakap, suami dia masuk dalam keadaan marah serang aku.

Encik : Doktor, saya nak hantar anak saya sendiri guna kereta. Tak kan tak boleh? Anak saya kan, apa-apa jadi saya tanggunglah. Saya boleh sign surat tu.

Dr : Encik, bawah 5 tahun tak boleh sign borang tu encik. Kita ada akta kanak-kanak, kalau encik tak nak juga kita akan libatkan polis.

Encik : Ha! panggillah polis datang.

**Aku pun suruh staff call, suruh polis datang sekarang.

Polis pun datang. Polis tu dah slow talk kat luar klinik dengan encik tu, lepas tu panggil aku kat luar untuk terangkan lagi.

Encik : Doktor, saya dah biasalah anak saya sakit, Ni ha (dia tunjuk anak dia yang seorang lagi) selalu datang ambil gas. Elok je, lepas gas boleh balik. Ni kenapa nak kena hantar pula?

Dr : Encik, macam saya cakap, anak encik yang seorang lagi ni tak normal. Ada demam, dada dia lekuk, paru-paru bunyi, kita takut ada jangkitan kuman. Bukan macam abang dia. Lain.

Encik : (Nada tengking) Jangkitan kuman konon, Doktor confirm ke anak saya jangkitan kuman. Pandai-pandai je cakap. Sikit-sikit jangkitan kuman, sikit-sikit jangkitan kuman.

Dr : (Aku tengking dia balik) Encik, sebab saya tak confirmlah saya rujuk hospital, ada doktor kanak-kanak tengok nanti, buat x-ray, ambil darah semua. Kalau saya confirm anak encik ada jangkitan kuman tak payahlah saya susah-susah rujuk hospital, saya rawat kat klinik saja.

Encik : Habis kalau jadi apa-apa kat anak saya macam mana? Doktor nak tanggungjawab ke? Kalau anak saya mati, doktorlah salah. Korang pandai je cakap ada jangkitan kumanlah, kalau jadi apa-apa bukan nak bertanggungjawab.

Dr : (Aku dah start tengking +jerit) Encik, lain kali kalau tak nak anak pergi hospital, atau nak bawa anak sendiri tak payah bawa datang klinik. Encik pergi terus dari rumah naik kereta. Tak payah susah-susah saya nak bertekak dengan encik kat sini.

Encik : Yelah saya datang nak kan kepastian saja.

Dr : Encik kepastian apanya. Kalau nama dah daftar sini, apa-apa jadi kami yang kena. Lain kali tak payah kepastian, terus pergi sendiri senang tak libatkan kami.

Encik : Lantaklah, suka hati awaklah.

**Encik ni pun jalan ke dalam kereta ambil barang-barang anak dia, hempas barang-barang depan muka aku dengan bini dia. Part ni paling aku menyirap dengan tangan-tangan aku naik. Nak tahu dia cakap apa kat bini dia?

Encik : Nah, lantak awaklah nak pergi, pergilah. Saya malas nak ambil tahu. Pandai-pandailah awak nanti.

**Dia cakap macam ni okay kat bini dia. Bini dia pun berubah air muka dan macam nak menangis. Aku pun tahap kesabaran dah senipis kulit bawang, aku pun sembur balik suami dia sambil gaya tangan Karamsingh Walia.

Dr : Encik, jawab kat akhirat nanti apa yang encik buat kat isteri dengan anak encik. Tanggungjawab seorang suami, tanggungjawab seorang ayah. Jawab kat akhirat nanti.

Encik : Ah, kau cakap pandailah, kau ke bagi anak bini aku makan? Kalau macam tu, ha, bagilah anak bini aku makan.

Dr : Ha, tak ada masalah encik, duit saya memang banyak. Boleh je bagi bini dengan anak encik makan.

**Encik ni pun naik kereta dan berlalu pergi. Puan ni seorang diri terkontang kanting uruskan anak dia.

Dr : Puan ada bawa makanan? Puan nak makan?

Puan : Tak ada doktor, boleh juga.

Dr : Anak puan nak nasi ke roti?

Puan : Rotilah doktor. Terima kasih doktor.

Dr : Saya minta maaf ya puan kalau saya kasar tadi.

Puan : Tak apa doktor, doktor tak salah. Laki saya memang baran macam tu.

**Hurm, by the way, suami puan ni memang bermasalah. Start bini mengandung, anak kuning, mesti ada saja hal dia buat. Anak ramai pula tu 🙄 Tapi tak pandai jaga. Semoga diberi hidayahlah wahai encik yang bodoh lagi sombong.

Conclusion di sini;

1. Perkahwinan itu satu perjudian, kalau dapat suami yang elok perangainya, silalah bersyukur. Sayangilah suami anda ya.

2. Kalau yang belum berkahwin, tak apa jangan risau, biar lambat, asal pilihan yang betul pasangan tu.

3. Jadi perempuan kenalah bijak, kalau tahu lelaki jenis tak bertanggungjawab macam tu, janganlah beranak ramai-ramai. Sayangilah diri anda wahai para wanita. Tapi kalau dapat suami tip top, nak beranak satu team bola pun boleh, silakan.

4.Untuk para suami/bakal suami, sila pelajari ilmu-ilmu rumahtangga dahulu. Pergi kursus kahwin dengar betul-betul. Tanggungjawab besar tu kena pikul. Kat akhirat kena soal nanti. Tak takut ke?

Sekian. Doakan oncall aku tenang malam ni👩‍⚕️

Penat dah drama sinetron hari ni.

By the way, gambar lekuk ni lebih kurang lekuk adik ni, tu pun bapa dia cakap normal 🤦‍♀️ Aku suspect bapa dia ni geng bumi rata.

Sumber: Farah Nabihah Abd Kharis