‘Family Kita Orang Closing’, Gadis Dikecam Buat IG Live Jelas Hubungan Dengan Salah Seorang Tertuduh Kes Zulfarhan 3

‘Family Kita Orang Closing’, Gadis Dikecam Buat IG Live Jelas Hubungan Dengan Salah Seorang Tertuduh Kes Zulfarhan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perjelas hubungan dengan salah seorang tertuduh kes Zulfarhan, gadis ini dikecam teruk.

Sejak beberapa hari lalu, seorang gadis yang dikenali sebagai Najihah menjadi bualan di media sosial apabila melakukan satu hantaran di Twitter berkenaan dengan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

‘Family Kita Orang Closing’, Gadis Dikecam Buat IG Live Jelas Hubungan Dengan Salah Seorang Tertuduh Kes Zulfarhan 1

Hantaran berkenaan telah menimbulkan pelbagai persoalan pada netizen kerana seolah-olah beliau mengenali Zulfarhan dan mengetahui apa yang tidak orang lain tahu dalam kejadian berkenaan.

Sehingga ada yang mengatakan Najihah mempunyai hubungan dengan salah seorang tertuduh.

Tampil menjelaskan keadaan, Najihah dalam satu siaran langsung di Instagram menafikan hal berkenaan.

https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1456240557315874822

Namun, nampaknya siaran langsung beliau lebih menyemarakkan lagi kemarahan netizen apabila Najihah tetap menegaskan pendiriannya berkenaan hantaran Twitternya.

“Jangan nak mudah sangat salahkan orang, hukum orang, kaji dulu betul-betul, kalau dah nampak salah, nampak salah sahaja, tak nampak dah dekat mangsa.

Saya berani menulis di Twitter sebab saya tahu cerita sebenar, tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh cerita hal sebenar.

Kalau cerita nanti makin panjang, arwah dah tenang kat sana, yang lain dah kena hukuman, jadi tak ada apa lagi isu. Saya pun minta maaf, sebab menulis macam itu di Twitter.”

Terdahulu, 18 orang penuntut UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh, enam tertuduh disabitkan bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa 6 Tertuduh Kes Zulfarhan Dipenjara 18 Tahun 1

Kesemua tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun.

Manakala hukuman tiga tahun penjara terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.

BACA: Peguam Ini Jelaskan Mengapa 6 Tertuduh Kes Zulfarhan Hanya Dikenakan Hukuman Penjara 18 Tahun, Bukan Gantung Sampai Mati

Dua hari lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadapp keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan kes berkenaan supaya mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman mati terhadap tertuduh.