Mi Segera & Kondom Dicampak Atas Kereta, Kononnya ‘Normal La Duduk Flat’ 3

Mi Segera & Kondom Dicampak Atas Kereta, Wanita Berang Ada Yang Komen Kononnya Situasi Normal Bila Duduk Flat

Mi segera dan kondom dicampak atas kereta, kononnya situasi normal bila duduk flat.

Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa geram beliau apabila mendapati bahagian bumbung dan hadapan keretanya dipenuhi dengan sisa makanan yang mengotorkan.

Menurut sumber MStar, dalam video yang dikongsikan pengguna yang menggunakan nama @nina_kechik itu, lokasi kotak parkir keretanya bukan terletak di bahagian bawah dapur penghuni flat sebaliknya diletakkan di kawasan koridor.

Mi Segera & Kondom Dicampak Atas Kereta, Kononnya ‘Normal La Duduk Flat’ 1
Sumber: @nina_kechik

Sebelum ini, beliau beberapa kali melihat kesan ludah di keretanya. Namun ini pertama kali keretanya dikotorkan dengan cara yang teruk.

Turut berkongsi pengalaman jirannya yang pernah terjumpa kondom terpakai yang dibuang di atas kereta, beliau kesal kerana tiada tindakan pernah diambil biarpun ia disuarakan kepada pihak pengurusan.

Melihatkan ruangan komen, beliau berkata ada yang berkata sisa makanan seperti mi segera dan bahan buangan yang dibuang di atas kereta adalah situasi normal yang sering berlaku di kawasan perumahan flat.

“Ada juga yang komen, normal la duduk flat. Maknanya, benda ini normal ke kalau duudk flat? Sampai bila kita nak hadap benda macam ini selagi kita ada pemikiran third class?

Jadilah penghuni yang bijak. Kita duduk di kawasan terbuka. Janganlah buang sisa atau barang sesuka hati. Adab kena ada. Kita ini hidup berjiran. Kenalah ubah sikap dan persepsi, tanam sifat sivik dalam diri.”

Terdahulu, sejak beberapa tahun lalu, nama sebuah flat di Pulau Pinang menjadi sebutan masyarakat Malaysia kerana keadaannya yang terlampau kotor.

Biarpun beberapa kali gambar keadaan flat ini menjadi tular di sosial media dan mendapat kritikan netizen, penduduk di situ seakan lali dan selesa dengan kehidupan mereka di sana kerana keadaannya tidak pernah berubah.

Plastik sampah, sisa makanan, perabot dan barangan elektrik yang dibiarkan di koridor dan kawasan bawah flat merupakan pemandangan biasa di sana.

Sumber: @nina_kechik, MStar