Eylia Guntabid Juara Pertama Dari Malaysia Menang StarVoices Asia

Eylia Guntabid Penyanyi Pertama Malaysia Menang Juara StarVoices Asia

Eylia Guntabid, penyanyi dari Sabah muncul Juara dalam pertandingan Starvoices ke-7 anjuran Starvoices Indonesia.

Pertandingan yang berlangsung secara dalam talian ini memperlihatkan Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih dari 1140 penyertaan yang diterima pemganjur.

Eylia sekali gus menjadi penyanyi pertama dari Malaysia mencipta sejarah menang pertandingan nyanyian dalam talian itu dan membawa pulang wang tunai RM7,300.

Eylia yang juga merupakan artis dibawah naungan Broadway Entertainment pernah memenangi lima pingat emas dan satu Perak di World Championship Of Performing Art yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2019 seterusnya menghasilkan single pertama beliau bersama Broadway Entertainment yang bertajuk “Aku Masih Cinta”.

Namun akibat kekangan pendamik COVID-19 serta kesulitan untuk membawa Eylia ke Kuala Lumpur disebabkan arahan larangan rentas negeri dan SOP lain sepanjang setahun setengah ini membantutkan rangka promosi.

Setelah banyak rancangan terpaksa ditunda, Eylia mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan Starvoices yang dikendalikan secara dalam talian sepenuhnya, beliau mengambil peluang ini untuk memoerkenalkan bakatnya le uh jauh dengan menggunakan teknologi digital.

Eylia Guntabid Juara Pertama Dari Malaysia Menang StarVoices Asia

“Kami berbangga dengan kejayaan Eylia dalan Starvoices. Ini adalah satu lagi langkah terbaik dari Eylia untuk mengukuhkan lagi karier seninya di jangka panjang” kata Boon Tan, pemilik Broadway Entertainment.

Eylia mengalahkan peserta dari Indonesia, Shafira Putri di peirngkat akhir. Beliau menyanyikan dua buah lagu – Run To You (Whitney Houston) dan All By Myself (Celine Dion) untuk persembahan akhir. Kedua-dua tajuk lagu diberikan oleh pihak juri untuknya.

Pentadingan yang diadakan setiap hujung minggu sejak tiga bulan yang lalu diadili melalui undian juri awam menerusi media sosial dan juga pemarkahan dari empat orang juri profesional dari Indonesia.

Ia dianjurkan sejak 2011 dan disiarkan menerusi Instagram rasmi StarVoices Asia.

Eylia Guntabid Juara Pertama Dari Malaysia Menang StarVoices Asia