Pasangan Marah Pengawal Keselamatan Tak Jaga Anak

Netizen Puas Hati Lelaki ‘Sound’ Pasangan Marah Pengawal Keselamatan Tak Tolong Jagakan Anak

Pasangan Marah Pengawal Keselamatan Tak Tolong Jaga Anaknya Kena ‘Sound’.

Tular di media sosial sejak semalam sebuah notis memaklumkan dua individu yang merupakan pasangan suami isteri dilihat sedang memarahi seorang pengawal keselamatan dengan kata-kata kesat.

Difahamkan, telah berlaku pertengkaran melibatkan pasangan suami isteri yang merupakan penghuni di pangsapuri terbabit dengan pengawal keselamatan di situ gara-gara mereka meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan yang mengharapkan dapat dijaga oleh mereka untuk seketika.

Susulan insiden itu, pihak pengurusan kondominium turut memaklumkan akan mengambil tindakan lanjut dan laporan polis juga telah dibuat terhadap pasangan terbabit atas ugutan dan cubaan melakukan kekasaran fizikal.

Notis yang dimuat naik Perbadanan Pengurusan Residensi Awani di Facebook berserta tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi pangsapuri itu kemudiannya dikongsikan portal MyNewsHub di Twitter sehingga menjadi perhatian netizen.

Tindakan pasangan terbabit menerima kritikan netizen yang dianggap tidak wajar berlaku memandangkan anak tersebut adalah dibawah tanggungjawab mereka. Malahan, ketika itu pengawal keselamatan terbabit sedang melaksanakan tugas pertukaran anggota untuk melakukan rondaan.

Pasangan Marah Pengawal Keselamatan Tak Jaga Anak

Netizen puas hati pasangan kena ‘sound’

Turut tular rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh orang awam menegur tingkah laku pasangan terbabit yang kurang adab.

Rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tersebut seolah-olah menganggap pengawal keselamatan sebagai orang suruhan.

Bukan itu sahaja, ramai turut mempertikaikan tindakan pasangan itu kerana mereka dilihat berani meninggalkan anak mereka di tangan orang luar untuk dijaga.

“Aku suka brader yang psiko mamat bodoh tu. Security guard jaga kawasan, bukan jaga anak orang. Dia yang bodoh.”

“Serius memang puas hati dengar. Terbaik bang! Memang comfirm panas punggung laki bini tu.”

“Padu abang yang sound dia balik. Kembalikan kepada dia semula setiap kata-kata dia. Traumalah telinga dengan jiwa anak dia dengar setiap tutur kata dari mulut bapa dia.

“Puas hati tengok video ni, sebab mostly guard kesian dorang tak boleh nak lawan balik. Kesian anak dia.”

https://twitter.com/WXYZ______/status/1454685125594157057