Trend Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat 3

Trend Kecantikan Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat

Percaya bayi dengan kepala bulat lebih cantik, ibu bapa di China menggunakan media sosial untuk menyebar dan membincangkan ‘peralatan ajaib’ untuk membantu dalam membetulkan bentuk bayi mereka.

Mengambil peluang membentuk kepala bayi semasa tulang mereka masih lembut, trend yang dipanggil sebagai Xiaohongshu ini bertujuan untuk mahukan anak mereka tidak menyesal di kemudian hari kerana memiliki kepala yang rata.

Trend Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat 2
Sumber: Yahoo News!

Dalam satu perkongsian, seorang wanita berkongsi pengalamannya ke klinik untuk mendapatkan rawatan ‘pembetulan kepala’ yang dibuat khas.

Namun ada satu netizen yang berkongsi bahawa fungsi alat yang digunakan di klinik boleh didapatkan hasil yang sama dengan menggunakan helmet.

Di platform jualan media sosial sendiri sudah banyak alat ini dijual buat mereka yang mahu mengikut trend berkenaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan di klinik dengan harga sekitar 360 yuan (RM233.63).

Terdahulu, masyarakat China percaya bahawa kepala rata dan dahu besar adalah tanda tuah sehingga ada yang memaksa anak mereka untuk tidur di atas buku atau papan kayu demi mendapatkan kepala yang rata.