Malaysia Pencipta Kondom Uniseks Pertama Dunia

Doktor Malaysia Ini Pencipta Kondom Uniseks Pertama Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kondom Uniseks Pertama Dunia Dicipta Doktor Malaysia.

Umum mengetahui, kondom adalah antara salah satu kaedah pencegah kehamilan paling popular dalam kalangan pasangan.

Lazimnya, penggunaan kondom lebih sinonim dalam kalangan lelaki. Tetapi, tahukah anda kondom untuk wanita juga wujud yang dikenali sebagai femidom atau kondom dalaman.

Namun, pernahkan anda terfikir sejenis kondom yang boleh digunakan untuk lelaki dan wanita?

Apa yang dikatakan sebagai kondom uniseks pertama di dunia yang boleh digunakan oleh wanita atau lelaki ini, telah berjaya dicipta oleh pakar sakit puan atau ginekologi warga Malaysia.

Dr. Jong Tang Ing Ching juga merupakan pencipta jenama Wondaleaf pada tahun 2013 mengatakan kondom uniseks ini membolehkan orang ramai menjaga kesihatan seksual dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.

Malaysia Pencipta Kondom Uniseks Pertama Dunia

Ujarnya, kondom uniseks pertama di dunia ini diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut bagi merawat kecederaan serta luka.

“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat yang melekat pada faraj atau zakar serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” kata Tang, pakar sakit puan di firma bekalan perubatan Twin Catalyst.

Tambahnya, pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, bermaksud ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.

Malaysia Pencipta Kondom Uniseks Pertama Dunia

Biasanya kondom diperbuat dari getah tetapi Wondaleaf menggunakan ‘polyurethane’ iaitu bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel namun kuat dan kalis air.

Tiga tahun untuk memastikan bahan ini sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan, kondom ini juga telah diuji untuk penembusan virus, biocompability, dan sifat tegangan serta ujian klinikal telah dibuat oleh wanita dan pasangan di Malaysia serta di Afrika Selatan.

Dr. Tang berkata idea di sebalik ciptaan kondom ini adalah kerana beliau ‘bosan melihat kehamilan dan pengguguran yang tidak diingini’.

Difahamkan, setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan berharga RM14.99. Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40 dan akan tersedia secara komersial melalui laman web firma itu Disember ini.

Sumber: Reuters