Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’ 2

Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ini alasan kenapa Bill Gates tidak mahu ‘menantu miskin’.

Pada 15 Oktober lalu, anak sulung pengasas Microsoft, Bill Gates, Jennifer Katherine, 25 tahun selamat melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30 tahun.

Menantu Bill Gates, Nayel yang merupakan seorang penunggang kuda profesional juga merupakan ahli perniagaan yang mana nilai kekayaannya sendiri sudah mencecah $100 juta.

Susulan perkahwinan tersebut, jawapan Bill Gates kepada soalan ‘adakah beliau menerima sekiranya anak perempuannya berkahwin dengan lelaki sederhana atau lelaki miskin?’ semasa menjadi panel speaker kembali tular.

Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’ 1
Sumber: Instagram @jenniferkgates

Menurut sumber Medium, jawapan yang diberikan Bill Gates bagi menjawab persoalan tersebut cukup mudah dan mengubah persepsi orang mengenai kaya dan miskin.

Bagi Bill Gates, kekayaan bukanlah bermaksud memiliki akaun bank yang tebal tetapi kebolehan untuk mencipta kekayaan.

Memberi contoh individu yang menjadi kaya kerana menang loteri, bagi beliau orang berkenaan bukanlah orang kaya tetapi orang miskin dengan duit yang banyak dan disebabkan itulah hampir 90% daripada jutawan loteri kembali jatuh miskin selepas lima tahun.

Ada juga orang kaya tetapi tiada duit, sebagai contoh usahawan yang sudah menuju ke arah kekayaan dan tidak memiliki duit kerana melabur untuk mengembangkan pengetahun mengenai kewangan. Dan itulah kekayaan.

Bagaimana orang kaya dan orang miskin berbeza?

Orang kaya mungkin mati untuk menjadi kaya, manakala orang miskin boleh membunuh untuk menjadi kaya.

Bill Gates berpendapat, jika seorang anak muda sedang berusaha berlatih, belajar sesuatu yang baru dan konsisten menambah baik dirinya, beliau adalah orang yang kaya.

Namun jika seorang anak muda menganggap bahawa masalahnya adalah negara dan menganggap orang kaya semuanya adalah pencuri dan sentiasa mengkritik, itulah dia orang yang miskin.

Ini kerana orang kaya yakin bahawa mereka hanya memerlukan maklumat dan latihan, manakal orang miskin berpendapat bahawa orang lain mesti memberikan beliau duit.

Memberikan kesimpulan bahawa anak perempuannya tidak akan berkahwin dengan lelaki miskin, yang dirujuk beliau bukanlah wang, tetapi keupayaan mereka untuk mencipta kekayaan.