Tular Video ‘Karen’ Di Butik Dior KLCC, Ini Respon KJ 3

Tular Video ‘Karen’ Eggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, Ini Respon KJ

Tular video Karen enggan pakai pelitup muka, ini respon KJ.

Awal pagi tadi, tular satu video yang memaparkan tindakan seorang wanita yang mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki sebuah butik mewah di KLCC gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Termaktub dengan arahan prosedur operasi standard (SOP) yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, beliau dihalang daripada memasuki premis berkenaan.

Tular Video ‘Karen’ Di Butik Dior KLCC, Ini Respon KJ 2
Sumber: @DFEfiercefun

Turut menyelar semua yang memakai pelitup muka sebagai komunis, beliau yang digelar Karen oleh pengguna media sosial juga didapati mahu menggunakan hak demokrasi dan berdegil mahu memasuki premis berkenaan biarpun dihalang kakitangan.

Memberi respon kepada kejadian berkenaan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan di Malaysia pemakaian pelitup muka adalah wajib.

Dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak pengurusan KLCC untuk tindakan seterusnya.

Karen

Tahukah anda daripada mana datangnya gelaran Karen?

Beberapa tahun belakangan ini, terma penggunaan nama Karen banyak digunakan bagi merujuk kepada mana-mana wanita kulit putih yang dianggap berhak menuntut perkara di luar skop perkara biasa.

Sebagai contoh, menggunakan white privilege bagi menuntut keistimewaan seperti yang berlaku di KLCC ini.

Pada awalnya, istilah ini dikritik keras kerana bersifat seksis, ageist, misoginis kerana cuba mengawal tingkah laku wanita.

Namun sehingga 2020, ia sekali lagi muncul di media sosial dengan tujuan merujuk secara umum kepada wanita kulit putih kelas pertengahan.

Terkini Karen KLCC akhirnya dikompaun RM3,000.

Di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), ‘Karen’ telah melakukan dua kesalahan, yang mana setiap satunya berjumlah RM1,500.

1. Tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

2. Tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan kerana gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Baca lanjut: Selepas Buat Onar, ‘Karen KLCC’ Tampil Bersuara Mahu Kebebasan Dan Hak Memilih