Anak Soekarno Presiden Indonesia Pertama Tukar Agama Hindu

Anak Presiden Pertama Indonesia Pindah Agama, Jalani Upacara Masuk Hindu

Anak perempuan presiden pertama Republik Indonesia Soekarno, Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri dilapor bakal menjalani upacara perpindahan agama daripada Islam menjadi Hindu.

Media tempatan dan antarabangsa melaporkan upacara yang dikenali sebagai Sudhi Wadani itu akan dilakukan di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung di Bali.

Difahamkan, upacara itu dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga Sukmawati.

Anak Soekarno Presiden Indonesia Pertama Tukar Agama Hindu
Sumber: KuasaKata

Sukmawati memulakan proses pindah agama sejak semalam dengan alasan neneknya, Nyoman Rai Sirimbe beragama Hindu. Pihak pengurusan upacara terbabit juga mengatakan perpindahan agama Sukmawati dari Islam ke Hindu diertikan sebagai ‘kembali semula ke agama leluhurnya’.

Mengulas upacara itu, perpindahan keyakinan Sukmawati sudah melalui proses panjang dan selama ini Sukmawati juga sudah mendalami ajaran Hindu.

Diungkapkan bahawa perpindahan agama itu sudah melalui proses persetujuan keluarga menerusi anak-anaknya dan saudara-mara. Selain itu, perpindahan Sukmawati bertepatan dengan hari ulang tahunnya yang ke-70.

Anak Soekarno Presiden Indonesia Pertama Tukar Agama Hindu
Sumber: Detik

Di Indonesia, Pulau Bali didedikasikan khas untuk Hinduisme dengan wujudnya begitu banyak kuil dan patung yang menggambarkan sains dari mitos-mitos terkenal Hindu serta tradisi Hindu yang mendalam di sebalik majoriti penduduk asli di pulau itu.

Jika dilihat lebih teliti, terdapat banyak perbezaan dari segi amalan pemakanan, pakaian suci untuk sembahyang hingga perayaan antara Hindu di Bali dan Hindu di India.

BACA:
Kerap Mimpi Sebagai Penceramah Agama, Pemuda Cina Ini Nekad Peluk Islam

Sumber: CNN Indonesia