Air Zam Zam dilarang bawa pulang

Tular Video Larangan Jemaah Bawa Pulang Air Zam Zam, Wanita Ini Beri Penjelasan Sebenar

Larangan Jemaah Bawa Pulang Air Zam Zam?

Lazimnya, air zam zam lima liter dan senaskhah al-Quran akan diberi secara percuma kepada setiap jemaah haji.

Bekalan air zam zam biasanya tidak mencukupi bagi menampung keperluan tetamu yang bertandang untuk bertanya khabar insan yang baru bergelar haji dan hajah. Justeru, ramai yang akan membawa lebih daripada dibekalkan.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

Ia berikutan penguatkuasaan larangan terhadap penjualan air zam zam. Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Larangan Penjualan Air Zam-Zam

Namun, berlainan pula dengan perkongsian seorang pengguna TikTok menerusi akaun @masjidbesi yang menyatakan air zam zam tidak lagi dibenarkan untuk dibawa pulang ke tanah air, terutama jika jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.

“Kepada para mutawif, nak beritahu untuk lapangan terbang baru Air Zam Zam tidak dibenarkan bawa balik”

“Maksudnya jemaah tidak dibenarkan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi, beritahu para jemaah minum puas-puas di sini sebab ia memang barang larang.

“Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam,” katanya.

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi – Masjid Besi

Larangan hanya sementara

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris tampil menjelaskan bahawa larangan bawa pulang air zam zam dari Mekah dijangka hanya sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Memetik sumber Utusan Malaysia, beliau mengatakan maklumat itu diperoleh daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.

Tambahnya, masih tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Situasi itu hanya berlaku sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi.

Dalam pada itu, Arab Saudi kini memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun, jemaah tetap diwajibkan memakai pelitup muka dan membuat tempahan mengerjakan umrah serta bersolat menerusi aplikasi yang disediakan.

Sumber: Utusan Malaysia, BH