
Khairy Jamaluddin: Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapannya di Twitter hari ini menyatakan bahawa sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak dibenarkan. Larangan ini berkuatkuasa 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.
SPR akan umumkan SOP PRN dalam masa terdekat. Namun SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP. Oleh itu, dibawah Akta 342, bermula esok, sebarang majlis berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan. https://t.co/xRZgQX4cnD pic.twitter.com/XF2YAS5Pjn
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 24, 2021
Suruhanjaya Pilihan Raya akan umumkan SOP PRN dalam masa terdekat. Namun SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. Kementerian Kesihatan Malaysia risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP. Oleh itu, dibawah Akta 342, bermula esok, sebarang majlis berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, kenyataan ini hanya terpakai kepada aktiviti yang berkaitan dengan PRN. Kenyataan ini dikuatkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Yes, everything else under Phase 4 that has been allowed is still allowed EXCEPT for activities related to elections. As per @KKMPutrajaya’s statement – activities, gatherings and social events such as Majlis Pelancaran Jentera etc not allowed beginning tomorrow. https://t.co/CMokrjzvWj pic.twitter.com/dFBIuyAnOZ
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) October 24, 2021
Semua yang telah diperkenankan sepanjang Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 adalah berjalan seperti biasa, hanya aktiviti yang berkaitan dengan PRN sahaja tidak dibenarkan.
Trending now



