F51DB055-3FEC-4790-B4BF-85482CCF142B

‘Taruh’ Ambil Inspirasi Drama ‘Permainan Sotong’ Popular, Pemain Nombor 237 Jadi Perhatian

Taruh ambil inspirasi drama Permainan Sotong popular, pemain nombor 237 jadi perhatian.

Biarpun sudah sebulan lebih ditayangkan, drama siri Squid Game tetap menakluk carta 10 teratas filem/drama yang trending di Netflix.

Mengambil inspirasi daripada siri drama popular ini, Cineplus Original telah menghasilkan Taruh dengan arahan oleh Ayez Shaukat Fonseka. Antara benda yang menarik perhatian ialah barisan para pelakonnya yang terdiri daripada pelbagai latar.

Intan Ladyana memang tidak dapat dinafikan lagi bakatnya akan mengambil bahagian sebagai pemain dengan nombor 213, bintang APAC Wrestling seperti Nor Pheonix Diana, Azwan Serigala, Gotham, Double K dan personaliti Cineplus Asia, Aqinna B serta ramai lagi.

‘Taruh’ Ambil Inspirasi Drama ‘Permainan Sotong’ Popular, Pemain Nombor 237 Jadi Perhatian
Sumber: FB Cineplus Asia

Namun yang paling menarik perhatian ialah peserta dengan nombor 237 yang dilakonkan oleh YB Maszlee Malik.

‘Taruh’ Ambil Inspirasi Drama ‘Permainan Sotong’ Popular, Pemain Nombor 237 Jadi Perhatian
Sumber: FB Cineplus Asia

Mengetengahkan permainan-permainan tradisional Malaysia dalam konsep filem pendek fan made, beranikah para peserta yang terdesak mempertaruhkan nyawa mereka?

Untuk menonton, tayangan akan diadakan di laman Facebook Cineplus Asia pada 28 Oktober ini pada jam lapan malam.

Jangan lupa saksikan!

Nampaknya ramai yang sudah tidak sabar menanti Squid Game sama ada diteruskan ke musim ke-dua atau pun tidak.

Jika adanya musim kedua, apa yang boleh penonton jangkakan?

Sejarah permulaan Squid Game

Di musim kedua, berkemungkinan penonton akan dibawa semua kepada zaman bermulanya sejarah pertaruhan nyawa manusia ini berlaku.

Sambungan kisah Gi-hun

Di pengakhiran episod Squid Game, penonton dibiarkan dengan babak yang agak tergantung yang mana seakan memberikan petunjuk bahawa siri drama ini mungkin akan ada sambungan.

Di babak terakhir, Gi-hun membatalkan perjalanannya ke Los Angeles untuk bertemu anak perempuannya tetapi mahu kembali ke dunia permainan tersebut untuk membalas dendam biarpun beliau mendapatkan apa yang dimahukannya, iaitu kekayaan.

Baca lanjut: Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’?