Sambutan Maulidur Rasul Bertukar Tragedi, Rakyat Palestin Diserang Tentera Israel Dengan ‘Air Skunk’ 2

Sambutan Maulidur Rasul Bertukar Tragedi, Rakyat Palestin Diserang Tentera Israel Dengan ‘Air Skunk’

Sambutan Maulidur Rasul bertukar tragedi, perarakan rakyat Palestin diserang tentera Israel dengan menggunakan air skunk.

Episod sambutan puluhan ribu rakyat Palestin yang menghadiri perarakan Maulidur Rasul di Timur Jerusalem bertukar tragedi apabila mereka menerima serangan daripada tentera Israel.

Sambutan Maulidur Rasul Bertukar Tragedi, Rakyat Palestin Diserang Tentera Israel Dengan ‘Air Skunk’ 1
Sumber: Reuters

Ada yang ditangkap, dipukul, diserang dengan bom tangan, peluru getah, pemedih mata dan disembur dengan air busuk yang dipanggil sebagai skunk water oleh tentera Israel.

Menurut info Bulan Sabit Merah Palestin, 17 dilaporkan cedara susulan serangan tersebut. 10 orang dimasukkan ke hospital sementara yang lain dirawat di lokasi.

Manakala laporan pegawai polis Israel pula menyatakan seramai 22 orang rakyat Palestin ditahan.

Menurut Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri, sambutan Maulidur Rasul yang luar biasa ini menimbulkan kemarahan Israel yang tidak menyukai masjid Al-Aqsa dihadiri sejumlah besar umat Islam.

Disebabkan itu, mereka berusaha mengganggu suasana kegembiraan yang ada termasuklah menangkap kanak-kanak.

Terdahulu, beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiyah didapati sudah dimusnahkan dengan menggunakan jentera berat milik Bahagian Kejuruteraan perbandaran tersebut.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, penduduk Palestin memaklumkan sejumlah tulang ditemukan semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkuburan itu.

Mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu, menurut Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani.

Katanya, antara kubur yang dimusnahkan adalah tempat persemadian penduduk Islam yang terkorban dalam konflik antara tahun 1948 dan 1967.

Beliau menegaskan Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai reaksi balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur berkenaan.

Menurut Ahmed, Israel merancang untuk membina sebuah taman berhampiran tanah perkuburan itu.

The New Arab melaporkan, pihak berkuasa Alam Israel memasukkan kawasan perkuburan berkenaan dalam pelan lebih besar untuk membangunkan taman tema Toratic.

Kata seorang wartawan di Baitulmaqdis, tanah perkuburan itu menjadi sasaran Israel sejak beberapa tahun lalu.

Baca lanjut di: Israel Musnahkan Tanah Perkuburan Palestin Berhampiran Masjid Al-Aqsa Untuk Bina Taman