Selepas Hampir 2 Tahun, Laungan Rapatkan Saf Kembali Bergema Di Masjidil Haram 4

Jemaah Perlu Mahir Guna Telefon Pintar Sebagai ‘Syarat’ Tunai Umrah

Perlu Mahir Guna Telefon Pintar Sebagai ‘Syarat’ Tunai Umrah.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan yang dilaksanakan termasuklah daripada segi pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam selepas setahun setengah berada dalam norma baharu.

Kelonggaran ini bagaimanapun hanya boleh dinikmati kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin.

Justeru, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah pada masa terdekat, bakal jemaah perlu memahirkan diri menggunakan telefon pintar yang menjadi ketetapan ‘syarat’ bagi memudahkan urusan di Makkah.

Hal ini disebabkan hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan penggunaan aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

Katanya, aktiviti di sana pada kali ini banyak memerlukan penggunaan aplikasi yang memerlukan jemaah memiliki peranti telefon pintar sendiri.

“Dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu menggunakan telefon.

“Ini kerana, contohnya aktiviti tawaf, solat lima waktu di masjid, semua perlu tunjuk permit dan kad vaksinasi pada telefon masing-masing,” katanya.

raya haji

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai supaya memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib.

Ujarnya, selain bakal jemaah perlu mencari ejen pelancongan yang melesenkan umrah, perlu dilihat penawaran kepada penerbangan terus kerana gelembung perjalanan tidak boleh ada penerbangan transit di mana-mana.

Bagaimanapun, menasihati orang ramai agar tangguh dahulu ibadah menunaikan umrah jika tidak bersedia dan tidak mahu berdepan dengan syarat penetapan SOP yang ketat kerana ia akan pasti dilonggarkan dalam masa mendatang.

“Kalau kita rasa tidak bersedia atas apa jua sebab, lebih baik kita tunggu dulu sekejap dan tengok keadaan, saya yakin keadaan akan semakin bertambah baik.

“Cuma yang bagusnya pergi awal ini, jemaah tidak ramai lagi, agak lapang sedikit tempat untuk kita bertawaf yang bagusnya orang tidak ramai.

“Tetapi tidak bagusnya mungkin ada peraturan-peraturan ketat yang perlu kita patuhi,” ujar Ahmad Ruzman lagi.

Sumber: Awani