10 Tahun Berdepan Masalah Duit RM50 & RM100 Hilang, Penduduk Percaya Ia Angkara Toyol 3

10 Tahun Berdepan Masalah Duit RM50 & RM100 Hilang, Penduduk Percaya Ia Angkara Toyol

Misteri kehilangan wang kertas RM50 dan RM100 yang dihadapi lebih 70 orang penduduk di empat kampung di Mukim Kubang Kerian dikatakan sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu lagi menyebabkan penduduk percaya kejadian duit hilang ini adalah angkara toyol.

Menurut sumber Sinar Harian, kampung yang terlibat ialah Kampung Pulong, Chicha, Kenali dan Pulau Raja ini dikatakan sudah menyebabkan setiap mangsa kerugian mencecah RM10,000.

10 Tahun Berdepan Masalah Duit RM50 & RM100 Hilang, Penduduk Percaya Ia Angkara Toyol 2

Yang menambahkan pelik, kerana kejadian kehilangan tersebut langsung tidak disedari dan tidak meninggalkan sebarang kesan sehingga menyebabkan penduduk percaya kejadian duit hilang ini adalah angkara toyol.

Dalam kejadian terbaharu yang berlaku pada Jumaat lalu, salah seorang mangsa, Sudarwaty Abdul Rajab, 42 tahun yang menetap di Kampung Pulong berkata kerugian yang dialaminya dianggarkan berjumlah RM5,000.

“Duit kerap kali hilang tanpa mengira waktu dan hilang dalam pelbagai jumlah bermula RM50 sehingga RM1,000. Terbaharu berlaku pada Jumaat lalu apabila duit RM500 yang diletakkan di dalam dompet didapati hilang.

Pelbagai cara dilakukan, lipat duit, gumpal dan menyembunyikan di mana-mana tempat tersorok, alih-alih hilang juga.”

Seorang lagi mangsa, Siti, 41 tahun berkata perkara sama turut dialami beliau. Pada awal tahun ini, beliau meminta bantuan daripada seorang ustaz dan kejadian berkenaan sudah tidak berlaku lagi di rumah keluarganya.

10 Tahun Berdepan Masalah Duit RM50 & RM100 Hilang, Penduduk Percaya Ia Angkara Toyol 1
Rupa toyol yang digambarkan dalam filem ‘Alamak Toyol’. Gambar sekadar hiasan.

Menurut Siti laporan polis tidak dibuat mangsa-mangsa kerana menganggap kejadian kehilangan berkenaan adalah kerja makhluk halus.

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud menyarankan mangsa-mangsa yang terlibat membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilakukan.

BACA: Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda

Namun jika duit dalam bank anda hilang, jangan terus panik. Ini yang perlu anda lakukan.

  1. Hubungi bank yang mengendalikan akaun bank anda untuk penjelasan dan nasihat lanjut.
  2. Laporkan kepada pihak polis sekiranya kehilangan tersebut melibatkan kes penipuan atau kecurian.
  3. Sekiranya tiada penyelesaian daripada pihak bank, anda boleh rujuk talian Bank Negara Malaysia BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.