Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah 4

Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah

Arab Saudi dalam perancangan tukar pelantar minyak jadi taman tema.

Pengumuman Arab Saudi bagi melancarkan projek pelancongan terbaharu nyata mengujakan ramai pihak kerana buat pertama kalinya taman tema akan dibina di kawasan pelantar minyak.

Menurut Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), projek yang dikenali sebagai The Rig ini bukan sahaja akan menempatkan taman tema, tetapi juga 800 bilik hotel mewah serta 11 buah restoran mewah untuk pelancong.

Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah 1
Sumber: Public Investment Fund
Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah 3
Sumber: Public Investment Fund
Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema Lengkap Hotel & Restoran Mewah 2
Sumber: Public Investment Fund

Dengan keluasan platform sebesar 150,000 meter persegi, taman tema ini juga akan menyediakan tempat berlabuh untuk 50 buah kapal layar, helipad dan pelbagai aktiviti sukan ekstrem.

Walaupun tarikh sebenar pembukaan belum lagi didedahkan, projek The Rigs yang termasuk dalam strategi antara tahun 2021-2025 bakal menarik pelancong dari dalam dan luar negara seterusnya menyumbang kepada sektor ekonomi negara.

Manakala di Malaysia, tahukah anda satu lagi taman teman ESCAPE akan dibina di Cameron Highland?

Terkenal dengan taman tema berkonsepkan alam semula jadi, keistimewaan ESCAPE Cameron Highlands kali ini mengetengahkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah.

Antara perkara yang menarik berkenaan ESCAPE Cameron Highlands ini ialah:

1. Bakal mempunyai tarikan dry ski slope atau lereng ski kering dengan persekitaran yang diilhamkan daripada benua Eropah.

2. Dri ski slope bukanlah sesuatu yang baharu di Eropah. Ia selalu digunakan oleh atlet ski profesional apabila memasuki musim bunga, panas dan luruh tanpa turunnya salji.

3. Permukaan berwaran putih diperbuat daripada plastik bertekstur berus (brushes) dan ‘dibentangkan’ sejauh 1.2 kilometer dari ketinggian 200 meter.

4. Juga mempunyai sky lift chair sepanjang 920 meter dari kawasan landai hinggalah ke puncak taman tema.

5. Turut diperkenalkan permainan berkonsep Eropah seperti street bowlingchasing after cheese dan pelbagai lagi.

6. Tidak ketinggalan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bukit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.

Baca lanjut: Berkonsep Eropah, Taman Tema ESCAPE Akan Di Buka Pada 2023 Di Cameron Highlands