Selepas Hampir 2 Tahun, Laungan Rapatkan Saf Kembali Bergema Di Masjidil Haram 4

Selepas Hampir 2 Tahun, Laungan Rapatkan Saf Kembali Bergema Di Masjidil Haram

Selepas hampir 2 tahun, laungan rapatkan saf kembali bergema di Masjidil Haram.

Bagi membendung penularan wabak COVID-19, semua negara dan pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan fizikal (dahulunya sosial).

Dan keadaan ini turut diguna pakai di Tanah Suci. Ibadah dilakukan dengan adanya penjarakan saf antara jemaah.

243951106_393677642337269_2278837811632951413_n
Sumber: Facebook Haramain Sharifain

Selepas setahun setengah berada dalam norma baharu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi semalam mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan yang dilaksanakan termasuklah daripada segi pemakaian pelitup muka berkuat kuasa hari ini, 17 Oktober 2021.

Pengumuman yang dibuat susulan penurunan kes yang ketara di samping pencapaian kadar vaksinasi yang tinggi ini nyata menggembirakan ramai, terutamanya mereka yang berhasrat untuk menjalani ibadah di sana.

Penjarakan fizikal juga tidak lagi diwajibkan biarpun di tempat awam termasuklah di dalam pengangkutan awam, restoran dan panggung wayang.

Susulan arahan itu, pelekat penjarakan fizikal di kawasan masjid mula ditanggalkan kakitangan.

Dan buat pertama kalinya selepas setahun setengah, solat Subuh pagi tadi para jemaah dipanggil untuk merapatkan saf.

Ramai yang terharu dengan laungan rapatkan saf daripada imam.

Dalam pengumuman itu juga, pemakaian pelitup muka tidak akan lagi diwajibkan di tempat terbuka, kecuali di lokasi tertentu antaranya di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Kelonggaran ini bagaimanapun hanya diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin.

Kedua masjid berkenaan juga akan kembali kepada kapasiti penuh, namun para jemaah yang hadir perlulah mendaftar melalui aplikasi yang diluluskan Kementerian Kesihatan Arab Saudi iaitu Eatmarna dan Tawakkalna.

Baca lanjut: Jemaah Perlu Mahir Guna Telefon Pintar Sebagai ‘Syarat’ Tunai Umrah

Tahukah anda bagaimana sistem audio di Masjidil Haram berfungsi?

Baca di: Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram