page

Kembali Dengan Single Baru, Adele Nafi Turun 22KG Dengan Ikut Diet Tertentu

Kembali dengan single baru, Easy on Me, Adele nafi turun 22kg dengan mengamalkan diet tertentu.

Tahun lalu, penyanyi, Adele mengejutkan ramai apabila tampil lebih langsing daripada sebelum ini.

Kembali Dengan Single Baru, Adele Nafi Turun Berat 22KG Dengan Ikut Diet Tertentu 1
Sumber: Instagram @adeleinpoland

Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badan sehingga 22kg dengan mengamalkan diet yang dicipta pakar pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten yang menekankan konsep cleanse diet yang mampu mengurangkan berat badan sehingga 3kg dalam tempoh seminggu.

Namun dalam satu temu bual bersama majalah Vogue baru-baru ini, Adele menafikan yang beliau kurus dengan mengikut diet berkenaan.

Turut menafikan dakwaan beberapa pihak yang mendakwa mereka terlibat dalam melatihnya, Adele menjelaskan sumber dalaman yang mereka dapatkan maklumat sebagai sumber yang tak boleh dipercayai.

Menurut Adele, rutin senamannya bermula sendiri apabila dengan senaman ia merawat rasa gelisahnya sehinggalah senaman menjadi rutin yang tidak boleh ditinggalkan; kini bersama pelatih.

106462096_974917929623637_633745752565312898_n
Sumber: Instagram @adele

Antara yang dilakukan ialah angkat berat, senaman kardio dan tinju.

“Saya tidak mengamalkan diet. Tiada rutin berpuasa. Sekiranya ada, saya makan lebih banyak daripada biasa kerana saya bersenam.”

Selain Adele, pelakon Rebel Wilson juga mendapat perhatian ramai selepas tampil lebih fizikal lebih langsing.

Pada akhir 2016, Wilson berkata beliau mahu komited dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat yang mana pada Mei 2020, beliau hilang hampir 14kg dan ia mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.

Menukar diet kepada diet berprotein tinggi, Wilson mendedahkan selepas berjaya menurunkan berat badannya, perubahan yang paling ketara adalah bagaimana orang lain melayan dirinya.