Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat 1

Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat

Setelah termeterainya perjanjian antara Kota Cologne dengan masyarakat Islam di sana, 35 buah masjid di Jeman kini dibenarkan untuk menyiarkan laungan azan menerusi pembesar suara pada hari Jumaat.

Kebenaran laungan azan yang diberikan dalam tempoh masa sehingga lima minit antara waktu tengah hari dan jam tiga petang itu merupakan inisiatif yang akan berlangsung selama dua tahun sebelum dinilai semula selepas itu.

Jerman Kini Benarkan Laungan Azan Disiarkan Melalui Pembesar Suara Setiap Jumaat 2
Sumber: Wolfgang Rattay

Dalam perjanjian itu juga dinyatakan bahawa masjid yang ingin menyiarkan azan pada hari Jumaat perlu mematuhi had jumlah pembesa suara mereka dan memaklumkan kepada kejiranan terlebih dahulu.

Dalam satu hantaran di Twitter, Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker memaklumkan kebenaran ini adalah tanda hormat beliau kepada kepelbagaian penduduk dihormati dan dihargai, sama seperti kebenaran untuk gereja membunyikan loceng.

Sebelum siap dibina, Masjid Pusat Cologne (Central Cologne Mosque) pernah menjadi kontroversi dan mendapat tentangan daripada sentimen anti-Muslim terutamanya berikutan kemasukan pencari suaka pada 2015-2016.

BACA: Biarpun Kawasan Sekitar Ditenggelami Air, Lelaki Ini Sanggup Berenang Untuk Laung Azan & Tunai Solat Di Masjid

Namun para penyokong pembinaan masjid ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihaknya tidak akan secara rutin menyiarkan azan yang didengari lima kali sehari di negara-negara Muslim lain.

Akhirnya pada tahun 2018, masjid ini siap dibina dan menjadi rumah ibadah yang boleh dikunjungi kira-kira 4.5 juta umat Islam yang tinggal di Jerman, salah satu kumpulan minoriti agama terbesar di sana.

Terdahulu kisah seorang lelaki yang sanggup berenang setiap kali masuknya waktu solat menuju ke masjid menyentuh hati kami.

Hafiz Moinul Islam yang merupakan imam muda di wilayah Sathkira, Bangladesh menceritakan sudah dua minggu beliau berenang untuk ke masjid yang mana laluannya ditenggelami air.