Pencuri Kecewa Tinggalkan Nota Tuan Rumah

Tak Temui Barang Berharga, Pencuri Tinggalkan Nota Kecewa Kepada Tuan Rumah

Tak Temui Barang Berharga, Pencuri Tinggalkan Nota Kecewa Kepada Tuan Rumah.

Kes jenayah seperti pecah rumah memang tak dapat nak dielakkan, sama ada disebabkan oleh kecuaian sendiri atau kelicikan penjenayah.

Kalau setiap kali buka dan baca akhbar, pasti sahaja ada berita kes kecurian dan pecah rumah.

Namun, tidak semua berita yang dipaparkan mengenai kerugian tuan rumah. Ada juga aksi pencurian tidak lancar seperti yang dirancang pencuri.

Seperti kejadian yang berlaku di Madhya Prades, India yang mana sebuah rumah seorang pegawai kerajaan di daerah Dawas menjadi sasaran pencuri.

Bagaimanapun, usaha pencuri yang gigih memecahkan mangga pada pagar pintu, seterusnya memecahkan lagi tombol pintu menjadi sia-sia apabila hanya menemui sedikit harta di rumah terbabit.

Pencuri Kecewa Tinggalkan Nota Tuan Rumah

Mungkin terlalu kecewa rumah yang ingin dirompak itu tidak seperti yang diharapkan, pencuri telah meninggalkan nota kepada tuan rumah.

“Kalau tiada wang di rumah, tak perlu kunci sebegini,” tulis pencuri itu.

Polis mengesahkan bahawa pencuri terbabit telah melarikan sekitar RM1,500 dan beberapa barang kemas di kediaman tersebut. Nota kecewa yang ditinggalkan pencuri diambil untuk tujuan siasatan.

Pemilik rumah mengatakan dia hanya mendapat tahu kejadian pecah rumah selepas dua minggu.

BACA: Gara-Gara Kerap Dirompak, Lelaki Ini Ambil Keputusan Bina Rumah Tanpa Tingkap

Sumber: Indian Express