Drama Korea Punca Remaja Bunuh Diri

Senator Dikecam Keluar Kenyataan Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Senator Dikecam Keluar Kenyataan Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri.

Fenomena gelombang Korea bukanlah suatu perkara baharu di negara kita. Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya mempengaruhi jutaan peminat di seluruh dunia.

Selain K-pop, drama korea (K-Drama) juga memiliki peminat yang cukup ramai yang menyajikan kepelbagaian genre selain ia mudah diakses untuk ditonton.

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu mengundang kecaman netizen.

Beliau mengatakan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.

Katanya kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea, seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambahnya, ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.

“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri.

“Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.

 

Drama Korea Punca Remaja Bunuh Diri

Pendapat Senator Mohd Apandi itu bagaimanapun telah mengundang kecaman netizen, rata-ratanya tidak bersetuju dan mengatakan drama Korea sebaliknya banyak menekankan isu-isu kesihatan mental.

“Aku rasa K-dramalah sentiasa bagi motivasi, bagi pengetahuan benda baru seperti prosedur pembedahan pesakit.”

“Previously I jumpa psychiatrist regarding my problem la kan, tahu tak one of the factor yang membuatkan I strong and okay adalah kdrama “It’s okay to not be okay”. K-drama yang buat I lupakan sekejap kesengsaraan I.”

“Saya belajar banyak tentang kesihatan mental dari drama Korea sedangkan sekolah dan universiti kami tidak mempedulikannya, terutama ketika pandemik ini.”

Rata-rata netizen mengatakan seharusnya sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu, perlulah disokong dengan fakta dan statistik.

Sememangnya banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri. Tekanan akibat lambakan kerja sekolah, faktor sekeliling atau faktor kemurungan, adalah antara perkara yang perlu dilihat bagi mengenal pasti punca pelajar sekolah bertindak nekad sehingga sanggup membunuh diri.

BACA: Tekanan, Masalah Kewangan Antara Punca Kes Bunuh Diri Sejak 2020

Baru-baru ini, Akta 309 Kanun Keseksaan iaitu bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dipersetujui untuk dimansuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan percubaan bunuh diri daripada sistem keadilan jenayah dan memasukkan individu yang melakukan cubaan bunuh diri ke dalam sistem rawatan kesihatan.

Sumber: Harian Metro, Utusan