Israel Musnahkan Kubur Palestin Untuk Bina Taman

Israel Musnahkan Tanah Perkuburan Palestin Berhampiran Masjid Al-Aqsa Untuk Bina Taman

Sikap biadab dan melampau rejim Israel tiada penghujungnya, terbaharu mereka memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis, di mana jenazah pejuang Palestin turut dikebumikan.

Beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiyah didapati sudah dimusnahkan dengan menggunakan jentera berat milik Bahagian Kejuruteraan perbandaran tersebu

Menurut laporan agensi berita Anadolu, penduduk Palestin memaklumkan sejumlah tulang ditemukan semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkuburan itu.

Mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu, menurut Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani.

Katanya, antara kubur yang dimusnahkan adalah tempat persemadian penduduk Islam yang terkorban dalam konflik antara tahun 1948 dan 1967.

Beliau menegaskan Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai reaksi balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur berkenaan.

Menurut Ahmed, Israel merancang untuk membina sebuah taman berhampiran tanah perkuburan itu.

Israel Musnahkan Kubur Palestin Untuk Bina Taman
Sumber: Albawaba

The New Arab melaporkan, pihak berkuasa Alam Israel memasukkan kawasan perkuburan berkenaan dalam pelan lebih besar untuk membangunkan taman tema Toratic.

Kata seorang wartawan di Baitulmaqdis, tanah perkuburan itu menjadi sasaran Israel sejak beberapa tahun lalu.

BACA: Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri, Undang-Undang Israel ‘Halalkan’ Rampasan Rumah Dari Rakyat Palestin

Tanah Perkuburan Al-Yusufiye yang terletak bersebelahan tembok mengelilingi kota lama adalah satu daripada tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmaqdis.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Baitulmaqdis cuba memusnahkan tangga bersejarah menuju ke kota lama dan Masjid Al-Aqsa, namun, langkah itu dihalang oleh penduduk Palestin.

Sumber: HM