Tutup Mesin Penapis Air Gangguan Bekalan Air

BOMBA Pesan Tutup Suis Mesin Penapis Air Ketika Gangguan Bekalan Air, Ini Sebabnya

Tutup Suis Mesin Penapis Air Ketika Gangguan Bekalan Air, Ini Sebabnya…

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengeluarkan notis gangguan air berjadual di 998 kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tempoh gangguan bekalan air berjadual di kawasan terlibat bermula jam 9 pagi, 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober 2021.

Menurut Air Selangor, gangguan ini disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Selain penduduk di kawasan terlibat diminta untuk menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan, mereka ini juga dinasihatkan untuk menutup bekalan elektrik pada mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air.

Menurut Jabatan Bomba dan Peneyelamat Malaysia (BOMBA), hal ini disebabkan mesin pemanas air akan sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air. Justeru, mesin ini akan terbeban dengan kuasa pam.

Pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Tidak semestinya ketika tiada bekalan air, anda juga dinasihatkan untuk menutup mesin penapis air tidak kiralah jenama apa yang sedang diguna seperti COWAY, LG, SK MAGIC, CUCKOO dan sebagainya jika keluar rumah.

“Sayangi nyawa dan harta benda kita. Tindakan awal ini dapat menyelamatkan nyawa dan harta.”

Tutup Mesin Penapis Air Gangguan Bekalan Air
Sumber: Facebook

BACA: TNB Dedah Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi

BACA: Ini Sebab Kenapa Selangor Sering Alami Masalah Gangguan Bekalan Air