Keladi Viral Sanggup Curi Depan Masjid

Cecah Harga Ribuan Ringgit, Keladi Viral Jadi Sasaran Hingga Ada Yang Sanggup Curi Depan Masjid?

Keladi Viral Jadi Sasaran Hingga Ada Yang Sanggup Curi Depan Masjid?

Pada masa kini, hampir setiap perkara yang tular di media sosial akan menjadi trend.

Jika sebelum ini tular kegilaan orang ramai dengan pokok hiasan lidah jin, kini pokok keladi viral pula menjadi sasaran baharu orang ramai.

BACA: Pokok Hiasan Tular Ini Mampu Tapis Habuk? Ini Fakta Sebenarnya

Jika dahulu tanaman itu hanya dibiarkan tumbuh meliar, namun kini ia semakin menjadi buruan orang ramai untuk mencantikkan halaman rumah.

Sejak awal tahun lalu, muncul ramai pengumpul keladi hias kerana ia mempunyai pelbagai warna menarik dan corak daun.

Terdapat pelbagai jenis spesies keladi dengan pelbagai warna dan corak yang dijual di pasaran. Harganya pula didapati dalam pelbagai julat harga serendah RM10 hingga RM2,000 bergantung jenis dan bakanya.

Difahamkan, antara spesies menjadi buruan ialah Florida Beauty, Monstera, Alocasia, Calocasia Pharaoh Mask atau Topeng Firaun yang harganya mampu mencecah ribuan ringgit sepokok.

Kegilaan pengumpul keladi dan harganya yang semakin meningkat ini turut menyebabkan ia menjadi sasaran pencuri kerana mudah dijual.

Terbaharu, tular mengenai sebuah rakaman video yang memaparkan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita datang ke sebuah masjid pada waktu malam.

Keladi Viral Harga Ribuan Ringgit Sanggup Curi Depan Masjid
Sumber: Facebook

Tanpa berselindung, wanita itu turun daripada motosikal dan terus mengambil dua pasu pokok keladi yang diletakkan di laman masjid sebelum segera meninggalkan kawasan itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Kelantan.

Tindakan tidak bermoral dua individu itu mendapat pelbagai respon netizen yang pelik kerana pokok keladi itu menjadi kegilaan ramai hingga sanggup mencuri.

Kisah lain pula, ada pemilik yang sangat berhati-hati dengan pokok keladi yang dimilikinya sehingga sanggup meletakkan rantai pada bahagian batang tanaman itu.

Difahamkan, pemilik itu telah melabur sehingga RM50,000 bagi membeli jenis tanaman ini. Perkara ini membuatkan ramai yang terkejut dan tidak menyangka tanaman yang jarang dipandang dahulu boleh mencecah harga ribuan ringgit bagi sebatang pokok.

@pemburujanda8339

aku laburkan 50 ribu untuk hobi aku,,keladi kesayagan#fypシ゚viral #fypシ #fypシ゚vir #tiktokmalaysia

♬ เสียงต้นฉบับ – อัสมิง รานอ – อัสมิง รานอ

Sumber: Facebook, Gempak