Nama Anak 19 Perkataan Mohon Bantuan Jokowi

Letak Nama Anak 19 Perkataan, Pasangan Minta Ihsan Presiden Jokowi Mohon Sijil Lahir

Nama Anak 19 Perkataan Tiada Sijil Lahir.

Memberi nama yang panjang dan moden seakan menjadi trend terkini dalam kalangan ibu bapa beberapa tahun belakangan ini.

Tetapi bila menyedari kesusahan yang ada disebabkan nama anak-anak yang terlalu panjang itu, mulalah timbul rasa menyesal dan ingin pendekkan nama anak.

Namun, tidak untuk pasangan di Indonesia ini yang menamakan anaknya cukup panjang dengan terdiri daripada 19 patah perkataan sehingga menyukarkan mereka memperoleh sijil kelahiran anak.

Kegagalan ibu bapa itu mendapatkan sijil lahir buat anak mereka yang kini berusia hampir tiga tahun, tidak mematahkan semangat untuk menukar nama.

Malahan, mereka sanggup menulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pasangan dari Jawa Timur itu meluahkan kebimbangan kerana anak mereka masih belum mempunyai mempunyai dokumen penting berkenaan sejak dilahirkan.

Suami isteri, Arif Akbar dan Suvci Nur Aiysiah menamakan anak lelaki mereka yang lahir pada 6 Januari 2019 dengan nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta atau nama timangannya, Cordo.

Nama Anak 19 Perkataan Mohon Bantuan Jokowi
Sumber: Mashable Sea

Pasangan itu mengadu bahawa nama anak mereka sering dijadikan bahan jenaka, lantaran itu meminta ihsan Jokowi agar dapat menguruskan hal berkaitan sijil lahir.

“Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak faham maksud sesuatu nama, nama anak kami dijadikan bahan ejekan dan jenaka.

“Jika di daerah ini kami gagal mendaftarkan nama anak ini, kami berharap agar Presiden Jokowi dapat membantu menjadikan nama itu sah di negara Indonesia,” ujar bapa kanak-kanak tersebut.

Menurut portal tempatan, Arif mengatakan nama anak lelakinya itu ada hubung kait dengan sejarah ketamadunan Islam.

Ujarnya, nama anaknya yang mempunyai 19 perkataan dan 115 huruf itu adalah hasil perbincangan dengan pakciknya Mujoko Zahid, seorang budayawan.

Mereka menolak syor pihak berkuasa untuk memendekan atau menukar nama anak mereka. Menurut mereka, nama yang dipilih sarat dengan makna serta harapan ibu bapa buat anak lelakinya.

Sementara itu, pihak berkuasa menerangkan kepada media bahawa keputusan menolak permohonan dokumentasi pasangan terbabit adalah berdasarkan had jumlah abjad pada dokumen rasmi yang sekitar separuh daripada nama budak itu.

“Kami tegaskan bukan meminta ganti nama, tetapi dalam penulisan nama KK (surat kelahiran), KTP (kad pengenalan), akta harus disesuaikan maksimum 55 karakter huruf termasuk jarak,” jelas seorang jurucakap seperti dilaporkan laman itu.

Buat masa ini, Presiden Jokowi belum memberi maklum balas terhadap pasangan terbabit.

BACA: Menyesal Letak Nama Anak Panjang? Ini Panduan Permohonan Proses Pendekkan Di JPN

Sumber: Detik