Mungkin Tak Tahan Kena ‘Sidai’, rider foodpanda Turun Padang Tebar Roti Canai 3

Mungkin Tak Tahan Kena Sidai, ‘Rider’ foodpanda Turun Padang Tebar Roti Canai

Mungkin tak tahan kena ‘sidai’, rider foodpanda turun padang tebar roti canai.

Istilah sidai banyak digunakan bagi menggambarkan situasi di mana mereka yang bekerja sebagai rider terpaksa menunggu lama pesanan pelanggan yang sedang disiapkan pihak pekedai.

Di media sosial, sudah banyak kes kerja-kerja rider menjadi lambat apabila disidai terlalu lama, sama ada oleh pekedai mahu pun pelanggan sendiri dikongsikan.

Namun, kisah rider foodpanda kena sidai ini menarik perhatian kami.

Mungkin Tak Tahan Kena ‘Sidai’, rider foodpanda Turun Padang Tebar Roti Canai 1

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pemandu foodpanda dilihat turun padang membantu pihak pekedai menyiapkan pesanan pelanggan dengan menebar sendiri roti canai yang dipesan.

@broarifffff

Jenis tak boleh kena sidai 😅 #fyp #ordertriple #foodpandamalaysia

♬ original sound – Muhd Ariff – Muhd Ariff

Dengan muka yang agak bersahaja, mungkin ada yang boleh tersalah sangka beliau adalah pemilik kedai atau pun pekerja kedai.

Difahamkan kejadian berlaku di Selayang.

Aksi bersahaja beliau penuh skill mendapat perhatian netizen. Antara yang netizen komenkan pada video pekongsian @broarifffff.

Mungkin Tak Tahan Kena ‘Sidai’, rider foodpanda Turun Padang Tebar Roti Canai 2

Sebelum ini pernah tular kisah seorang graduan ijazah Kejuruteraan Pesawat merungkai mengapa beliau menjadi pemandu foodpanda.

Lima tahun belajar menghabiskan pengajian ijazah, pemuda dengan ID Twitter @cukey28 ini dipuji kerana tidak memilih pekerjaan walaupun bidang pengajian yang beliau ambil bukan biasa-biasa.

Baca lanjut di: Belajar Ijazah Kejuruteraan Pesawat Tapi Jadi ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Rungkai Kenapa Ia Berlaku

Menjengah tahun 2020, ekonomi gig mula mendapat tempat malah ribuan sudah mula beralih ke sektor baharu itu yang dilihat mampu menjana lebih pendapatan berbanding beberapa sektor lain.

Penghujung 2020 memaparkan hampir 4 juta tenaga kerja di Malaysia terbentuk daripada sektor ekonomi gig dan peningkatan ini jelas baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Istilah pekerjaan gigi semakin biasa didengari dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika lima tahun dahulu pekerjaan gig dilihat sebagai kerja sampingan, kini ramai mula memasuki sektor ini sebagai pekerjaan hakiki.

Selalunya apabila kita sebut pekerjaan gig, ramai akan terlintas sebagai pemandu Grab atau Foodpanda.

Sebenarnya, ada lebih banyak pilihan pekerjaan ekonomi gig yang ditawarkan di Malaysia mahupun di serata dunia. Cumanya, pekerjaan sebagai pemandu e-hailing yang lebih dikenali.

Baca lanjut: Selain Grab Dan Foodpanda, Ini Senarai Pekerjaan Gig Di Malaysia Untuk Anda Jana Pendapatan