gaji rm1200

Gaji RM1,200; Betulkah Mudah Majikan Nak Berikan Nilai Ini?

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tentang gaji minimum bagi pekerja tempatan. Banyak reaksi yang dilontarkan netizen tentang gaji minimum ini, ada yang berpuas hati, ada yang tidak.

Namun, seorang pengguna Facebook bernama Ir Abdul Rahman Bahasa telah melontarkan fakta yang menarik tentang kadar gaji ini. Mari kita lihat cara pandang beliau.

KECOH PASAL GAJI RM1,200 MINGGU LEPAS

Minggu lepas aku busy bebenor. Hari ni baru ada masa sikit lah nak menulis pasal hal ni😅

Actually, nak gajikan pekerja dengan rate RM1,200 sebulan, bukan kos kepada majikan RM1,200 bulat² mcm tu je geng.. Ada “kos² lain” yg kena diambil kira.

Jom kita kira jap berapa kos kepada majikan kalau nak hire pekerja bergaji RM1,200 sebulan bila kita consider “kos² lain” ni

Gaji: RM1,200
EPF Majikan (12%): RM144
Socso under Majikan: RM 20.15
EIS under Majikan: RM2.30

Grand total (A): RM1,366.45

See..bukan RM1,200 semata² kan?Lebih daripada tu😅

Ok. Next,
Kalau nak dikira kos setahun pulak..Setahun ada 12bulan.
So,kos setahun (B): (A) x 12=RM 16,397.40

Kos sehari? Setahun ada 365 hari.
Kos sehari (C): (B÷365)= RM 44.92

Tapi betul ke kos majikan hanya RM44.92 sehari kalau nak hire pekerja bergaji RM1,200?

gaji RM1200

Jom kita tengok benda ni sekejap..

Kalau ikut Employment Act 1955, majikan wajib bagi satu hari cuti rehat kepada pekerja dlm satu minggu.

So, setahun ada 52 minggu,
Setiap minggu 6hari je bekerja kalau ikut Employment Act ni..
Maka, setahun effective day bekerja hanyalah 312 hari
(52 minggu x 6hari = 312 hari)

Eh, chop. How about public holiday (PH) annual leave (AL) and sick leave (MC)?

Kita ambil paling minimum lah ye apa yg di quote dlm Employment Act 1955.

PH=11 hari (Refer Section 60D (1a))

AL=8hari (Refer Section 60E (1a))

MC= 14 hari (Refer Section 60F (1aa))

So,berapa hari bekerja je yg tinggal lepas tolak PH,AL and MC?
312-11-8-14 = 279 hari

Ok, jumlah hari yg betul² bekerja dah tau.

Jom kita kira berapa sebenarnya kos majikan untuk sehari untuk gajikan pekerja RM1,200 pulak..

Cara simple nak kira, just guna formula ni:
Kos hiring setahun ÷ 279 hari
RM 16,397.40 ÷ 279 = ~RM58.80 sehari.

And then, kita breakdown lagi ke rate sejam..

Pekerja normally bekerja 8jam sehari je kan?
Kalau dikira kos majikan untuk sejam jawapannya RM7.35 sejam
(RM58.80 ÷ 8jam = RM7.35 sejam)

Or dalam seminit = RM 7.35 ÷ 60 minit
= approx. 12 sen per minit

Lepas tu….Pekerja ni ada masa unproductivenya..Ye lah..manusia bukan robot kan. Kadang² ada lah loose time gak😅

Katakan lah….pekerja ni..
😅Sehari g memerut kat toilet: 10 minit
😅Nak amik mood sebelum start kerja everday mcm buat kopi lah,borak² ngn kawan lah and bla²: 10minit
😅Buat hal lain tanpa sedar, 5minit x 3kali sehari: 15 minit
😅Balik lambat sikit dari lunch hour: 5 minit

Total 40 minit. Equivalent to approx. RM4.90 sehari.

Setahun? RM4.90 x 279 hari = RM 1,339

So,total hiring cost setahun untuk pekerja bergaji RM1,200 berapa sebenarnya ni?

Tambah je lah RM 16,397.40 + RM1,366 tadi..

Jawapannya approx. RM17,763.

So, kalau sesorang majikan nak gajikan SEORANG pekerja bergaji RM1,200 sebulan.
SALES SETAHUN WAJIB..AKU ULANG…WAJIB!! LEBIH KURANG RM18K SETAHUN.

RM18k ni nk cover gaji basic je tau! Kalau ada OT? Hahaha..Lu pikir lah sendiri😂

Aku dah kirakan siap² estimated sales yg majikan kena ada kalau…..

Nak gajikan seorang pekerja yg gaji basicnya RM2,500 sebulan.
Estimate sales nak kena ada RM37k setahun.

Gaji RM5,000. Sales RM74k setahun.

Gaji RM7,500. Sales RM111.5k setahun.

Gaji RM10,000. Sales RM145k setahun.

Tu baru sorang. Kalau 2 org? 3 orang? Delapan? Berpuluh? Hahaha..

Tu baru gaji beb. Next,tak kan pekerja nak dok atas lantai?

Mesti nak kena ada opis, meja, kerusi,aircond, lampu, air, laptop and bla²..Semua ni cost..

Eh,cost ni nak bayar pakai apa? Pakai pasir?

Mesti kena ada benda yg kita nak trade kan..Product ke, service ke or bla²..

Kos untuk product pulak macam mana? Bonus? Increment gaji pekerja? Sakit pening pekerja mcm mana pulak? Nak hire insurans company for medical? Or pay and claim?

Hahahhaa..😂😂

Amacam? Ingat senang nak jadi majikan?

But still not impossible majikan² kat luar sana nak gajikan org dgn gaji yg tinggi. Tapi dengan syarat you know what is cost structure yg you kena ada.

Next nPlan it! Work on it. Finally nailed it!

Jika kita nak bayar pekerja tinggi. Kita kena create or involve dalam high value industry. Antara industry yg high value is industry technology. And strategy kena padu dan berani.

Kalau ada masa nanti, aku cerita pulak apa hiruk pikuk dalam industry technology ye. Not easy,but it is very wonderful journey☺️

Moga bermanfaat☺️
#IrARB

P/s: Aku ni biasa² je dalam industry.Ada org lebih hebat lagi. Hopefully aku ada masa nak berkongsi nanti😅stay tuned!

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa