Rakaman Banduan Korea Utara Lari Dari Penjara China Tersebar, Kerajaan Tawar $23,000 Untuk Kepalanya 1

Rakaman Banduan Korea Utara Lari Dari Penjara China Tersebar, Kerajaan Tawar $23,000 Untuk Kepalanya

Susulan daripada kejadian seorang banduan Korea Utara yang berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di kawasan bandar timur laut Jilin, pegawai penguatkuasa China telah mengeluarkan notis ganjaran berjumlah $23,000 kepada sesiapa yang berjaya membawanya kembali.

Menurut sumber, banduan yang dikenali sebagai Zhu Xianjian itu melarikan diri dari penjara dengan memanjat kanopi dinding penjara selepas bekerja sebelum melarikan diri melalui bumbung penjara.

Rakaman Banduan Korea Utara Lari Dari Penjara China Tersebar, Kerajaan Tawar $23,000 Untuk Kepalanya
Sumber: Asia News

Xianjian yang dilaporkan berjaya melarikan diri pada jam 6 petang 18 Oktober lalu masih lagi tidak diketahui keberadaannya namun usaha menjejak beliau giat dijalankan.

Xianjin dijatuhkan hukuman penjara 11 taun kerana kesalahan menceroboh sempadan negara tanpa izin pada 2013 dan 2016, selain daripada jenayah merompak dan mencuri sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang awam.

Namun hukuman penjaranya dikurangkan dua kali kerana Xianjin sebagai banduan Korea Utara di China menunjukkan penyesalan, displin yang baik, aktif mengambil bahagian dalam ‘pendidikan ideologi, budaya dan vokasional’ dan kerja buruh.

Pada tahn 2020, Xianjian menerima pujian sebanyak lima kali. Hukuman penjaranya dikurangkan lapan bulan dan sepatutnya beliau dibebaskan pada Ogos 2023.

Sebelum ini, enam warga Palestin dilaporkan berjaya bolos dari penjara paling ketat di Israel. Seperti filem Prison Break, kejadian yang merupakan antara insiden memalukan di negara haram itu memaksa pihak berkuasa Israel melancarkan usaha memburu enam warga Palestin itu, yang turut membabitkan seorang yang didakwa Israel bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Susulan itu, operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.

Menurut pihak berkuasa Israel, kesemua tahanan itu meloloskan diri menerusi lubang yang dikorek di tandas yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud ketika penjara itu dalam pembinaan.

Baca lanjut di: Bak ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel