House Of Secrets: The Burari Deaths

Dokumentari ‘House Of Secrets: The Burari Deaths’, Hanya Untuk Yang Kuat Semangat

Dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix boleh dikatakan sangat hebat dan menarik untuk ditonton. Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama Sir Kamarul telah membuat perkongsian menarik tentang satu dokumentari yang ditontonnya, House Of Secrets: The Burari Deaths.

Anjing milik keluarga ini satu-satunya saksi

Pagi 1 Julai 2018, 10 orang sekeluarga (tiga generasi) termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati tergantung di jeriji besi ini.

Yang terselamat cuma anjing milik keluarga ini yang diikat pada bahagian luar rumah.

Kejadian disedari kerana suasana amat sunyi dalam rumah.

House Of Secrets: The Burari Deaths

Kronologi kes.

Segalanya terbongkar setelah polis menemui diari yang dipercayai ditulis ahli keluarga.

Diari tersebut dikaitkan dengan satu ritual keagamaan yang agak aneh.

Kesemua mangsa seolah-olah perlu digantung.

Pelbagai persoalan misteri dalam kes ini masih belum terjawab:

– Kenapa pintu rumah dibiarkan terbuka ketika kejadian?

– Kenapa kesemua mangsa tidak langsung cuba selamatkan diri?

– Kenapa kesemua mangsa terlalu mudah diperdaya suspek sedangkan mereka dikatakan ‘beragama’?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, jangan lupa saksikan dokumentari khas Netflix ini.

BACA: Kisah Kehilangan Elisa Lam Dalam Siri Dokumentari Netflix ‘Crime Scene: The Vanishing at the Cecil Hotel’

Sumber: The Indian Express