kamarazaman yaakob

Abang PM Lancar Parti Baharu; Parti Kuasa Rakyat

Kamarazaman Yaakob, 72 merupakan abang kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal melancarkan parti politik baharu negara, Parti Kuasa Rakyat.

Objektif penubuhan parti baharu ini adalah untuk memperjuangkan golongan B40 dan M40 atau pada istilah lain, rakyat marhaen.

Dilaporkan usaha pelancaran Parti Kuasa Rakyat ini sudahpun bermula lebih dua tahun yang lalu. Namun, akibat pelbagai kekangan yang menimpa, ia terpaksa ditangguhkan.

Screenshot 2021-10-09 at 10.27.01 PM

Kamarazaman telah mempunyai pengalaman yang agak banyak dalam bidang politik. Beliau pernah menyertai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pada tahun 1973 dan Parti Semangat 46 (S46) pada 1989. Pada tahun 1995, beliau pernah menyertai UMNO dan dalam tempoh tiga tahun sahaja terus terpilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab dalam pemilihan pada 1998.

Ditanya mengenai akronim yang akan diguna pakai oleh parti ini, Kamarazaman berkata, pihaknya tidak akan memakai perkataan PKR bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

BACA: ‘Sudah Tiba Masanya Politik Bukan Dimonopoli Orang Sama’ – Syed Saddiq Mahu Tubuh Parti Baharu

Sumber: Sinar Harian, Utusan